Abang IniAda LpanIsteri Semua SatuRumah. Ramai Trkejut Bila Dia Ddah CaraDla KenlSmua

Bangkok – Seorang artis seni tatu di Thailand menarik perhatian pengguna laman sosial selepas mend.edahkan bahawa dia tinggal bersama lapan isteri mudanya yang sangat mesra antara satu sama lain di dalam sebuah rumah, lapor portal berita Oddity Central semalam.

Status perkahwinan lelaki bernama Ong Dam Sorot itu did.edahkan ketika dia menghadiri satu temu bual yang diacarakan oleh seorang pelawak Thailand.

Sorot dikatakan berkahwin dan tinggal bersama kelapan-lapan isterinya dibawah satu bumbung yang menganggap diri mereka sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.

Menerusi rancangan yang sehingga kini mencecah tiga juta tontonan di Youtube itu, Sorot memperkenalkan setiap seorang isterinya dan bercakap mengenai cara mereka bertemu.

Kesemua isterinya menyifatkan suami mereka sebagai lelaki paling baik dan paling bertimbang rasa di dunia. Isteri-isterinya juga mengaku bergaul dengan baik sesama mereka. 

Lelaki itu bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya lalu dengan cepat meminta untuk dikahwinkan.

Isteri kedua, Nong L bertemu dengannya di pasar, manakala isteri ketiga Nong Nan pula di h.ospital.

Sorot bertemu dengan isteri keempat, kelima dan keenamnya menerusi media sosial iaitu masing-masing di Instagram, Facebook dan TikTok.

Isteri ketujuh, Nong Film pula ditemui semasa melawat kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya dan isteri kelapan, Nong Mai bertemu dengannya ketika dia bercuti di Pattaya bersama empat isterinya.

Dua daripada isterinya kini hamil dan dia sudah memiliki seorang anak lelaki daripada isteri pertamanya. Lapan isterinya tidur di dalam empat bilik tidur dengan dua orang dibahagikan dalam setiap satu bilik. 

Kesemua isterinya dikatakan tidak mempunyai m.asalah untuk menunggu suami mereka bergilir tidur di dalam empat bilik tidur tersebut.

Reaksi Orang Ramai

Mungkin dia ambik orang orang susah dan mi.skin tinggal di kawasan setinggan di kampung kampung sana utk dijadikan isteri. Tapi dia pilih yg cantik cantik je la.

Satu dah tak larat nak jaga apa lagi 8. Kalau g.aduh satu rasa macam spuluh orng yang berg.aduh ini kan pula 8 orang p.ecah telinga kalau semua m.arah.

Jgn pikir tang sedap aje..tang nak bagi makan contoh gaji rm 5000 bahagi 8 rm 400 sorang makan pasir la gayanya.

Aku ghisauu esok2 amann di alam sana je ramai tu.

Hayati gambar ini bygkan t.ubuh si suami dibahagi lapan bahagia atau s.engsara?. Oleh itu hargai pengo.rbanan suami yg pemurah kasih spt ini.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.