AdaNtizen PrliAir Mata TakJtuhKe Masa Anak Prtama Lahr, Bla FizoOmar Jwab Trdlam Trus

Kuala Lumpur – Meskipun bukan kali pertama, pelakon popular Fizo Omar mengakui air matanya menitis saat melihat peng.orbanan isteri tercinta, Fazeera Nazri melahirkan bayi perempuan mereka pada 25 Jun lalu.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, air matanya mengalir ketika melihat isterinya bert.arung ny.awa mela.wan rasa s.akit ketika melahirkan anak secara normal.

Namun, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu bersyukur kerana mereka membuat keputusan tepat iaitu mengambil s.untikan bius ep.idural untuk mengurangkan rasa s.akit sepanjang tempoh k.ontraksi.

“24 Jun lalu, isteri dimasukkan ke dalam dewan bersalin dan mengambil masa hampir 10 jam untuk melahirkan bayi kami. Nasib baik kami ambil s.untikan bius e.pidural, kalau tidak memang tak sanggup lihat dia menang.gung kesa.kitan sebelum bersalin.

G.ugur air mata jantan seorang suami apabila melihat orang tersayang menahan s.akit dan bert.arung ny.awa melahirkan zuriat kita,” katanya dalam satu entri Instagram.

Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi g.ugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan.

Pada 25 Jun, air mata jantan sekali lagi g.ugur. Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini. Ketika ini memang tak boleh tahan perasaan sampai menggigil tangan ketika diminta mem.otong tali pusat bayi.

“Pada waktu itu, muncul satu bisikan ini z.uriat kau, jadi ayah dan suami dan contoh yang baik kepada keluarga,” kongsinya lagi.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Kelantan itu turut menitipkan pesanan kepada mana-mana lelaki yang akan bergelar seorang bapa agar sentiasa berada di samping isteri pada saat g.etir.

Pesanan saya kepada suami dan bakal ayah, ambillah momen ini bukan sahaja untuk berada bersama dengan isteri tetapi juga diri sendiri. Bukan mudah nak buang e.go sebagai lelaki dan ketua keluarga.

“Kadang-kadang pengalaman juga buat kita faham mesej yang hendak disampaikan daripada Allah yang buat kita bergelar ayah dan suami,” ujarnya lagi.

Cuba Faham Maksud

Ada netizen meninggalkan komen seolah mem.erli Fizo dengan membandingkan proses bersalin isterinya dengan bekas isterinya, Mawar Karim.

Malah, ada netizen mend.akwa pelakon itu seolah tidak menghargai bekas isteri yang melahirkan anak mereka, Wan Maryam secara pemb.edahan.

Tidak hanya berdiam diri, Fizo tampil memb.idas tuduhan netizen itu dengan menjelaskan bahawa ia merupakan pengalaman pertamanya melalui proses bersalin secara normal.

Jelasnya lagi, perlu ke untuk imbas kembali sedangkan dia berkongsikan pengalaman mengenai proses bersalin isterinya, Fazeera melahirkan anak mereka.

Maryam dulu lahir secara pemb.edahan dan saya tak dapat pengalaman yang sama. Boleh faham tak? Tak perlu la komen bunyi macam b.usuk.

“Pastu perlu ke saya nak buat thr.owback sedangkan sekarang ni saya tengah cerita pasal bayi saya dengan Fazeera. Cuba guna akal yang ada tu dan faham apa maksud nak disampaikan,” tulisnya.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun berc.erai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia lima tahun.

Kredit : Kosmo/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.