AdaYang Cakap NlngBalzura Dah Tak Boleh NyanyLive, Ini K0men DariBliau Dkat Vdeo Yng Tersbar

Kuala Lumpur – “Tidak sepatutnya tularkan video yang pendek saja. Sepatutnya muat naik yang penuh.”

Demikian kata penyanyi terkenal Ning Baizura, 47, susulan video tular di aplikasi Tik.Tok dan T.witter membabitkan persembahannya menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah pusat persembahan di sini, baru-baru ini

Menerusi video itu memaparkan Ning seolah-olah tidak mampu menyanyikan lagu itu dengan baik hingga kedengaran s.umbang dan tidak sampai.

Sekadar info, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun. Ketika beliau berusia sembilan tahun, beliau mula memasuki kelas vokal Soprano yang telah diajar oleh pemuzik p.rofesional Indonesia, Siti Chairani.

Pada waktu itu, beliau juga menyanyi bersama Koir Kebangsaan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan ASWARA dan telah ditawarkan biasiswa penuh untuk belajar dalam bidang muzik di ViennaConservatoire tetapi terpaksa ditolak atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah bakatnya digilap, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan VoiceOf Asia diKazakhstan dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Kalau Betul Nak Dengar Datang Persembahan

Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah ketika dihubungi berkata, tindakan menularkan video itu adalah tidak mun.asabah selain menyifatkan ia sengaja mahu menjatuhkan r.eputasi dirinya.

“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert. Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu saya memang akan sebak. Ini kerana saya terkenangkan arwah ayah.

Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir. Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir.

Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.

Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui. Saya pula memang kalau menyanyi akan bere.mosi terutamanya kalau lagu Awan Yang Terpilu ini.

Peminat yang biasa menyaksikan persembahan saya memang tahu perkara ini dan selalu saya kongsikan betapa lagu ini penuh makna pada diri saya.

Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. T.indakan itu lebih kepada nak mencari kel.emahan dan cuba nak menja.tuhkan saya.

Lagi pula, mereka tidak ada di tempat keja.dian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Ning, ada banyak lagi persembahannya yang bagus dan jauh lebih baik daripada itu tapi tidak ditularkan.

Saya mahu menggunakan tular ini untuk positifkan semula apa yang berlaku. Kalau betul-betul nak dengar lagu ini kena datang persembahan saya pada masa akan datang. Kena tengok sendiri dan nilaikan.

Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di Tik.Tok orang suka mencari ne.gatif dan kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh.

Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluang macam tu. Kepada mereka yang bergelar budak baru nakup BBNU, lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu, katanya.

Kredit : HM/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x