Akhirnya. MenterlKanan DatukSeri Hlshamuddin DedhTarlkh MuktamadUntuk RentasNegeri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam beberapa minggu lagi.

Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lalu, sebanyak 81 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan suntikan v.aksin C0VID 19 dan dalam tempoh beberapa minggu saja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

“Insya-Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

“Kalau Rabu lalu sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi nak boleh entas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa. Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan P.andemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar v.aksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kes.ihatan (KKM). 

Kebenaran rentas negeri dimuktamadkan dalam 3 minggu

Kebenaran untuk rentas negeri dijangka dimuktamadkan dalam masa tiga minggu lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menteri Kanan itu berkata kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mempercepatkan program immunisasi untuk memastikan sasaran 90 peratus penduduk dewasa telah mendapat v.aksin dapat dicapai dalam tempoh tiga minggu.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa sempadan negeri akan dibuka apabila kita mencapai sasaran 90 peratus penduduk dewasa telah lengkap div.aksinasi.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan Angkatan T.entera Malaysia untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kita dapat mencapai sasaran 90 peratus tersebut secepat mungkin.

“Ini termasuk mengatur gerak lebih banyak C.ombat Medic V.accination Team (CMVT) untuk membantu KKM memberi v.aksin kepada masyarakat di kawasan pendalaman.,” katanya.

Dia ditemui ketika melawat kem Ulu Tiram di Johor Baru pada hari Sabtu.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.