Akhlrnya. Ini Kata Kata Dari SharnaazUntuk Caprlce Selpas Apa YangJadi Antara Mreka

PETALING JAYA – S.engketa antara aktivis kemanusiaan, Caprice dengan pelakon Sharnaaz Ahmad memasuki episod baharu apabila kedua-dua figura itu saling membalas hantaran media sosial.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, menerusi Instagram mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sotong, satu karakter yang pernah dijayakannya menerusi sebuah drama rantaian suatu ketika dahulu, Suamiku Encik Sotong.

“Dari jauh je berani sotong see you when I see you sharnaazahmad emoji menc.ium dengan hembusan hati,” tulis Caprice sebagai kapsyen pada hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Video tersebut menyaksikan Sharnaaz dan rakan baiknya, Shukri Yahaya juga seorang pelakon seolah-olah sedang mempers.endakan Caprice sepanjang misi kemanusiaan yang digembar-gembur, sebaliknya hanya menghabiskan masa dua bulan di Jordan dan Mesir.

Dalam video sama, Sharnaaz berpenampilan seperti orang A.rab iaitu berpakaian thawb berwarna putih, sejenis busana yang digayakan Caprice dalam sebuah video muzik yang dirakamkan di Jordan.

Tidak puas hati namanya dipetik, Sharnaaz tidak menunggu lama untuk memberi respons apabila menc.abar Caprice untuk bersemuka dengannya memandangkan penyanyi rap itu sudah berada di Malaysia.

“Sudah hantar location (lokasi) marilah sayang jemput makan tengah hari. Lauk sotong pun ada ni.

“Petik nama orang tapi b.lock sekat orang. Lu kamu memang pena.kutlah. Konon bawa panji, jarum pun nangis pegang tangan orang. Belum kena gegar lagi,” tulis Sharnaaz dalam InstaStory.

Bekas suami usahawan Noor Nabila itu turut berkongsi paparan skrin dirinya telah menghubungi pelantun lagu Lenglui itu termasuk berkongsi peta lokasi keberadaan dirinya sekarang.

Terdahulu, ketika berada selama lebih dua bulan di negara A.rab, Sharnaaz beberapa kali mem.erli Caprice dan memperkecilkan d.akwahnya yang tidak kesampaian kerana g.agal memasuki P.alestin.

Sharnaaz, Shukri dan Zizan Razak pernah bersiaran langsung live dalam Instagram dan antara perlian yang diutarakan sesi live adalah tidak sabar menunggu Caprice pulang ke Malaysia dan menghadiahkan mereka cenderamata patung.

Akhirnya Ini Kata Kata Dari Sharnaaz

“Daripada pagi semua pun tau, netizen pun tau, aku ada i.su sedikit dengan caprice. Ok insyaAllah aku dengan caprice, akan selesai benda ni secara elok dibelakang”.

“On aku punya personal, apa aku punya gurauan pada awal masa dia di jordan, sampailah sekarang aku rasa mungkin agak keterlaluan dan aku as orang yang lebih matang aku seek apology untuk dia”.

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.