Akhlrnya. KKM Tmpil Jlaskan Crita Sbenar Lepas Kec0h VideoKJ Berltahu B0oster TakWajlb

Kuala Lumpur – Video sidang media oleh M.enteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pemberian dos penggalak C0VID 19, hanya untuk kumpulan tertentu yang tular ketika ini, ialah petikan video lama, iaitu rakaman pada September tahun lalu.

Kementerian Kesihatan KKM menjelaskan, kenyataan itu dikeluarkan Khairy ketika pemberian dos penggalak secara menyeluruh belum bermula.

KKM berkata, ketika itu dos penggalak hanya diberikan kepada golongan rentan terdiri daripada warga emas, mereka yang mempunyai k.omorbid dan terd.edah kepada ri.siko j.angkitan.

“Hanya selepas majoriti golongan itu menerima dos penggalak, barulah v.aksinasi dos penggalak dibuka kepada populasi awam yang layak.

“Pada ketika itu juga, Program I.munisasi C0VID 19 Kebangsaan PICK bagi dos pertama dan kedua masih giat dilaksanakan. Kadar v.aksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.

“Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan, manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat,” kata KKM melalui Facebooknya, hari ini.

Hari ini, tular di media sosial, petikan video daripada sidang media Khairy yang menyatakan, dos penggalak hanya diberikan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas, mereka yang mempunyai k.omorbid dan yang beri.siko mendapat j.angkitan, bukan untuk individu yang sihat.

Mengulas lanjut, KKM berkata, video itu dipetik daripada sidang media pada 20 September 2021, selepas Khairy meninjau perkhidmatan saringan C0VID 19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA bersama Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad MAHB Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

KKM menegaskan, pemberian dos penggalak diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan v.aksin dan c.abaran yang dihadapi dengan kemunculan varian baharu v.irus C0VID 19.

Katanya, banyak negara menawarkan pemberian dos penggalak kepada penduduk dewasa mereka seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Gambar Hiasan

Kredit : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.