Alhamdullilah. Ryzal DdahNama Anak Slepas MaryamSelamat Brsalin

Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi dan suami, Ryzal Ibrahim kini sudah bergelar ibu bapa.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, wanita kelahiran Korea Selatan itu berkongsi beberapa foto sedang mendukung bayi perempuannya.

Sedikit info, sebelum memeluk agama Islam, You Narae dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan hanya seorang gadis biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.

Namun takdir ALLAH menemukan You Narae dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang kini menjadi pasangan hidupnya.

Pada awal perkenalan mereka lebih setahun lalu, Nik Muhammad Rizal atau mesra disapa sebagai Ryzal menawarkan untuk mengajar bahasa Inggeris secara percuma kepada You Narae atau kini dikenali dengan nama Islamnya, Maryam dengan syarat wanita itu sudi mengajarnya bahasa Korea.

Bermula daripada hubungan guru dan pelajar keakraban yang terjalin menjadikan masing-masing tidak berasa janggal untuk berkongsi kisah peribadi.

Lebih bermakna apabila hati kecil wanita itu terbuka untuk mengenali Islam setelah berkenalan dengan Ryzal yang pada ketika itu merupakan seorang pelajar Jurusan Kewartawanan di Universiti Korea.

“Keperibadian Ryzal yang tidak terlalu mendedahkan gaya hidup Islam secara berlebihan, malah berfikiran terbuka membuatkan saya jatuh hati,” ujar Maryam.

Nama Maryam mula menjadi perhatian pelayar media sosial Malaysia menerusi video-videonya mempelajari bahasa Melayu yang dimuat naik menerusi saluran Duriankimchi TV YouTube.

Maryam yang kini berkhidmat sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di Ansan berkata, bulan Ramadan tahun lalu merupakan saat permulaan dirinya terdetik untuk mendalami Islam terutama apabila melihat kegembiraan Ryzal dan rakan-rakan Muslimnya berpuasa.

Alhamdullilah Mudahkan

“Alhamdulillah. Baby dan Maryam sihat. ALLAH mudahkan bersalin. Terima kasih semua doakan saya,” tulisnya.

Terdahulu, Maryam berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang berada di wad bersalin.

Dalam video berkenaan, Maryam berkata ” Jumpa nanti dengan anak saya.”

Ryzal Beritahu Nama Anak

Assalamualaikum warahmatullah.

Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya. Saya namakan puteri kami Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak.

Kredit : SP/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.