Alhamdullilah. ShuibAkhirnya Dapat Berjmpa Dengan Anak KeempatBeliau AyashAffan

Sebelum ini, media melaporkan bahawa anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di H.ospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malah, Ayash juga menunjukkan perkembangan yang baik selepas keluar dari inkubator.

Syukur alhamdulillah bayi menunjukkan perkembangan positif. Anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib, 37, iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator.

Ayash Affan Sudah Keluar Inkubator

Jelas Shuib, selepas dikeluarkan dari incubator di H.ospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, perkembangan ditunjukkan Ayash yang berusia 20 hari itu sangat baik.

“Alhamdulillah, baby dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).

“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya.

Berat Naik Dan Sudah Mulai Minum Susu Ibu

Baru-baru ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.

“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.

Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).

Menerusi perkongsian di Instagram semalam (12 September 2021), Shuib meluahkan rasa syukur kerana hari ini dia bakal bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan di h.ospital. Menurut Shuib yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 semalam, berita gembira yang diterimanya itu merupakan satu hadiah yang sangat bermakna buat dirinya.

Alhamdulillah, di hari kelahiran, Allah SWT hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Esok (hari ini) akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan.

Lebih menyentuh hati apabila Shuib memaklumkan hari ini merupakan hari dan kali pertama dia bakal melihat dan menyentuh Ayash Affan yang kini sudah berusia 39 hari. Tak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati Shuib dan keluarga apabila bakal menyambut kepulangan insan tercinta ke rumah.

Menerusi posting terbaru, Shuib mengenang kembali kata-kata dan pesanan yang pernah disampaikan Allahyarham Siti Sarah kepadanya. Allahyarham pernah meminta Shuib menjaga anak keempat mereka ini dengan baik.

Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni you jaga dia tau, you jaga dia tau, you jaga ok.’
InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampai lah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang.

Shuib Kongsi Perkembangan Ayash Affan

Kredit : MW/OB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.