Alhamdullilah. TengkuZafrul Umum Tarlkh Trakhir Kmaskini BntuanKeluarga Mlaysia DanCara Smakan

Kuala Lumpur – Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia BKM dibuka mulai hari ini hingga 31 Januari, kata M.enteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing dan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.

“BKM pada 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 j.uta penerima dengan peruntukan RM 8.2 b.ilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 j.uta penerima dengan peruntukan RM 7 b.ilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat BPR tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata data penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas C0VID BKC B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan.

Selain itu, data agensi kerajaan lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut dibawa ke dalam sistem BKM.

Turut akan disemak, kelayakan data Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

BKM itu juga bakal memanfaatkan penerima terutamanya kepada isi rumah dengan pendapatan kurang RM 5,000, ibu atau bapa tunggal, warga emas, warga emas bujang dan golongan bujang.

Jika pernah menerima salah satu bantuan yang disenaraikan, data diri sudah ada, tapi masih lagi boleh buat semakan dan kemaskini kini maklumat terbaru.

Dan secara manual boleh dibuat mulai 3 Januari 2022 dengan menghadirkan diri ke cawangan LHDNM, Pejabat Satelit LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM atau UTC LHDNM.

Untuk sebarang persoalan, boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan di portal rasmi BKM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kredit : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.