Alhmdullilah. Klibat ArtsWanlta Ini KtikaHadir MajlisIlmu HljrahClnta BuatkanNeel0fa Sndlri Trkejut

Petaling Jaya – Usahawan p.opular, Neelofa terharu inisiatif menganjurkan majlis ilmu untuk rakan selebriti mendapat sokongan ramai terutama penggiat seni.

Lebih menyentuh hati, pelakon bukan M.uslim, Jasmine Suraya turut menghadiri majlis ilmu dianjurkan bagi mendapat lebih banyak ilmu mengenai Islam.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berbesar hati memberi ruang kepada Jasmine untuk mempelajari mengenai Islam.

Sangat mengejutkan apabila rakan artis bukan M.uslim seperti Jasmine menyatakan hasrat mahu hadirii majlis ilmu. Dia mahu datang kerana ingin tahu mengenai Islam.

Jasmine jadi orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu majlis ilmu pertama yang dihadirinya. Kebetulan pada penghujung majlis, ustazah menyebut kisah orang bukan M.uslim yang ada masalah ker.esahan dan disuruh berzikir pada Allah.

“Alhamdulillah, rezeki dia Jasmine berpeluang hadir majlis itu. Saya berbesar hati menjemput Jasmine. Rasa berbunga-bunga hati apabila dia mahu sertai,” katanya.

Pada awal bulan ini, Neelofa menganjurkan majlis Hijrah Cinta Bersama Rakan Selebriti di sebuah premis acara di Petaling Jaya, Selangor.

Antara barisan selebriti yang hadir adalah Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan Adriana Adnan.

Neelofa terharu majlis ilmu anjurannya mendapat sambutan rakan selebriti pelbagai usia.

“Sebenarnya, saya segan ajak orang. Saya fikir apakah tetamu mahu atau tidak datang. Saya t.akut singgung perasaan mereka, tetapi, Alhamdulillah semua sambut baik jemputan saya. Malah, rakan artis tidak bertudung berterima kasih saya menjemput dan mahu datang lagi. Sebenarnya, mereka perlukan orang lain untuk bantu dan bimbing, cuma tidak tahu di mana hendak mula,” katanya.

Berikutan mendapat sambutan positif, Neelofa berhasrat menganjurkan majlis ilmu untuk rakan rakan industri seni, sebulan sekali.

“Saya ada kumpulan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa yang boleh mengendalikan majlis ilmu dan menjemput ustaz atau ustazah dari dalam negara atau seberang.

“Saya faham sebagai selebriti apabila pergi majlis ilmu, kita segan hendak bertanya. Jadi, hilang m.otivasi untuk pergi lagi. Disebabkan itu, saya kumpulkan rakan selebriti dalam majlis ilmu khas. Alhamdulillah, mereka yang datang semuanya gembira dan selesa bertanya soalan,” katanya.

Neelofa juga merancang menganjurkan majlis ilmu lebih besar untuk orang ramai.

“Sejak beberapa hari lalu, saya terfikir mengenai perkara ini. Ramai yang menghantar DirectMessage dan bertanya tiadakah majlis untuk mereka.

“Saya terfikir mampu melakukannya tetapi kenapa tidak buat. Saya mahu mulakan dengan majlis pengenalan kepada Rasulullah SAW.

“Saya akan bagi tarikh dan masa,  tinggal datang sahaja. Tidak perlu bayar atau sahkan kehadiran dan sebagainya,” katanya pada sidang media aplikasi TheNoor di Mranti, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil di sini.

Sejak dilancarkan pada Januari 2021, aplikasi TheNoor memperoleh hampir enam j.uta muat turun di GooglePlay S.tore dan AppleApp S.tore dengan lebih 2.8 j.uta pengguna berdaftar.

Sementara itu, sebagai pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Neelofa berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Tabung Haji TravelServices Sdn Bhd THTS memperkenalkan pakej umrah dalam aplikasi The Noor.

Neelofa berkata, usaha ini akan membolehkan pengguna melakukan urusan berkaitan umrah daripada pendaftaran dan tempahan sehinggalah selesai ibadat.

Tambahnya, pakej itu dilengkapi ciri-ciri penjejak mutawif, jadual perjalanan terperinci, insurans perjalanan, perkhidmatan pertukaran mata wang dan kursus umrah untuk pengguna mendapatkan ilmu mengenai ibadat umrah.

Dalam perkembangan lain, TheNoor juga akan menganjurkan tilawah alQuran, bulan depan dengan lima pemenang teratas akan menerima pakej menunaikan umrah secara percuma dan tiga blok pelaburan di TheNoor bernilai RM 1500.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.