Allahuakbar. Ini ReaksiPenmpang Yang BaruNak PergiLangkawi Sekali P0sitif Masa BuatUjian

Putrajaya: Pelancong yang akan menikmati gelembung pelancongan melalui Projek Rintis Langkawi bermula hari ini diwajibkan menjalani ujian pengesanan C0vid 19 sebelum memulakan perjalanan.

Menteri Kes.ihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada kenyataan hari ini berkata, ujian pengesanan C0vid 19 sama ada RT-PCR atau RTK-Anti.gen perlu dilakukan di mana-mana fasiliti kesi.hatan serta makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

Kata beliau, keputusan ujian itu perlu dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk sama ada lapangan terbang atau terminal feri sebelum berlepas.

“Pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri s.aliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan C0vid 19 di tempat saringan yang disediakan.

“Mereka juga boleh membeli kit ujian kendiri s.aliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ,” katanya.

Menurut beliau, ujian pengesanan ini akan dilakukan terhadap individu dewasa 18 tahun ke atas serta kanak-kanak dan remaja berusia tujuh hingga 17 tahun. Bagi kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan s.aliva.

“Kumpulan kanak-kanak ini mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang sudah lengkap vak.sinasi, bukan k.es positif atau kontak rapat kepada k.es positif dan hendaklah mematuhi p.rosedur o.perasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ujian pengesanan C0vid 19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terbabit akan dipantau dan disahkan oleh kakitangan kesi.hatan yang bertugas,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, individu yang didapati positif C0vid 19 tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan dan akan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan k.es positif C0vid 19 dan kontak rapat sedia ada.

Positif Sebelum Berlepas

Seorang penumpang yang dijadualkan berlepas ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini didapati positif C0vid 19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, penumpang berkenaan telah menjalani proses susulan yang diperlukan selepas didapati positif dan akur tidak dibenarkan menaiki penerbangan ke pulau berkenaan.

“Ahli-ahli keluarga penumpang yang disahkan positif melalui ujian Rapid Test Kit An.tigen (RTK-Antigen) itu juga tidak menaiki pesawat kerana mempunyai kontak rapat.

“Ujian pengesanan C0vid 19 ini dilaksanakan adalah semata-mata mahu menjamin kese.lamatan semua pihak dan dalam masa sama memastikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi berjalan baik,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Beliau hari ini meninjau keadaan di KLIA dan KLIA2 hari ini bagi melihat proses ujian RTK-An.tigen diadakan terhadap penumpang sebelum mereka dibenarkan memulakan perjalanan udara ke Langkawi.

Beliau diiringi Pengurus Besar Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Shahrunnizam Abd. Jamil ini.

Pada masa sama, Ka Siong berkata, beliau mendapati ada penumpang telah membawa kit ujian kendiri untuk air l.iur selain membelinya dari kaunter jualan di KLIA dan KLIA2.

“Hari ini, terdapat lapan penerbangan (empat Malaysia Airlines, satu Malindo Airways dan tiga AirAsia) ke Langkawi dengan jumlah penumpang 1,520 orang sempena bermulanya Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi,” katanya. 

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.