Baru Semalam UmumDah Kahwln, Fiz0Omar Ddah Sesuatu TerjadiDekat Isteri Bliau

Kuala Lumpur: Pelakon, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, pagi semalam.

Pengurus Fizo, Mimi ketika dihubungi mengesahkan berita pernikahan itu yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi.

“Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat saja. Mereka hanya ingin meneruskan apa yang wajib memandangkan Fizo juga sudah lebih dua tahun menduda,” katanya.

Menurut Mimi, Fizo dan Fazeera sudah lama berkenalan dan membuat keputusan untuk berkahwin tahun ini.

Fazeera turut memuat naik dua gambar dia mengenakan baju pengantin berwarna putih selain menggunakan gambar Fizo lengkap berbaju Melayu putih bersama anak perempuannya, Wan Maryam sebagai gambar profil akaun Instagram itu.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki tanpa menunjukkan wajah sedang menyarung cincin ke jarinya dengan keterangan gambar, Alhamdulillah.

Fazeera yang dikatakan berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.

Dalam pada itu, Mimi memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial p.alsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

“Benar. Akaun Tik Tok yang tular adalah milik Fazeera, tetapi dia memilih untuk menyah aktifkan akaun berkenaan atas sebab peribadi. Mungkin juga terkejut dengan perhatian daripada banyak pihak,” katanya.

Malam tadi, Fizo memuat naik gambar dia berbaju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahkan dia sudah bernikah sekali gus meninggalkan status duda.

Fizo Omar Beri Pesanan

Tidak sampai 24 jam selepas akaun Instagram rasmi isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai diwujudkan, sudah banyak akaun p.alsu menggunakan nama dan gambar isterinya digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Fizo, 36, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menerusi hantaran di Instagram Story meminta peminat supaya tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya selain memberi a.maran kepada individu yang tidak bertanggungjawab berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.

“Ini bukan Instagram rasmi isteri saya. Berhenti mengikuti individu yang entah siapa-siapa. Kepada yang berkenaan berhenti gunakan nama orang lain utk kepentingan peribadi!,” katanya.

T.indakan Fizo membuat penjelasan itu sekali gus menghentikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi detik hari pernikahan mereka sejak semalam.

Terdahulu melaporkan, pengurus kepada Fizo iaitu Mimi mengesahkan pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang berusia 25 tahun itu di sebuah resort di Janda Baik, Pahang, kelmarin.

Majlis itu diadakan secara tertutup pada jam 10 pagi membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013. Bagaimanapun keduanya berp.isah pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.