
Petaling Jaya – Zara Zya menyangkal d.akwaan t.indakan memuat naik foto dirinya bersama Shuib Sepahtu dalam media sosial hingga dig.osip bercinta, sebagai gimik perniagaan.
Sebaliknya, Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, menjelaskan hantaran itu sekadar memenuhi permintaan peminat yang suka melihat mereka bersama.
Saya pernah muat naik foto sendiri bersiap cantik-cantik. Namun, entri itu hanya mendapat beberapa tanda suka sedangkan pengikut di Instagram berj.uta.

Berbeza apabila saya kongsi foto atau video yang mempunyai cerita. Pengikut menonton dan memberi komen kerana entri seperti itu ada cerita yang boleh dibualkan.
“Lagipun, peminat memang suka hendak jodohkan kami dirinya dan Shuib,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran premis BubbleBee by Zara Zya di Bandar Tasik Permaisuri di sini, semalam.
Mengenai pandangannya terhadap Shuib, pelakon drama rantaian Risik Pada Hati itu menyifatkan Shuib lelaki budiman dan sering memberi sokongan kepada artis lain.
“Kami sudah lama berkenalan dan pernah bekerjasama. Dia baik dan banyak memberi motivasi serta bimbingan untuk saya ceburi perniagaan ini,” katanya.
Ketika disoal tentang hubungannya bersama pelawak berusia 37 tahun itu, Zara, 36, menegaskan dia tidak mempunyai apa-apa h.ubungan istimewa bersama Shuib selain daripada rakan artis dan juga perniagaan.
Bagaimanapun, Zara mengakui bahawa Shuib merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa memberi sokongan terhadap rakan artis yang lain.

“Kami pun pernah bekerjasama sebelum ini. Tapi itu dulu, sudah lama berlaku,” katanya.
Sebelum ini, Zara pernah dikait mempunyai hubungan cinta dengan beberapa lelaki antaranya usahawan k.osmetik, Datuk Alha Alfa dan Azlee Khairi.
Zara pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam, namun, p.utus sebulan kemudian.
Dalam pada itu, pelakon drama H.oneyMoon ini tidak menolak sering diajukan soalan mengenai jodoh kerana ramai rakan artis seangkatan sudah menemui pasangan masing-masing.
Mungkin kerana kawan-kawan lain sudah pun bertemu jodoh, jadi, mereka tunggu saya. Saya harapkan mereka mendoakan yang terbaik buat saya.
“Faktor umur juga membuatkan mereka tertunggu untuk tahu bila saya akan berkahwin. Saya tidak terbeban dengan perkara itu. Namun, kadang kala apabila penat bekerja, timbul rasa g.eram,” katanya.
Kredit : BH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
