Cmel, TngokHdung Tu. Gmbar Trkini Anak Plakon IntanLadyana CurlPrhatian Ntizen

Kuala Lumpur – Pasangan selebriti p.opular, Harris Alif dan Intan Ladyana sangat disukai oleh peminat sejak awal diumumkan kepada ramai tentang hubungan mereka yang lalu disatukan sebagai pasangan suami dan isteri.

Namun begitu, pasangan sama cantik sama padan ini semakin bahagia apabila dikurniakan seorang cahaya mata pertama pada 31 Januari lalu dan selepas beberapa bulan setelah itu, Harris Alif dan Intan Ladyana ada berkongsikan foto mereka bersama.

Sekadar info, beliau memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005,2006 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.

Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie 2006 lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham. Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi peragaan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat.

Anak Korea Mana Ni

Gambar terbaru anak pelakon cantik, Intan Ladyana, Evie Khadeeja yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya di Instagram menc.uri tumpuan ramai.

Mana tidaknya, Evie yang kini berusia hampir lapan bulan memiliki raut wajah yang cukup comel ala bayi Korea. Ditambah pula dengan hidung m.ancung terletak, kulit putih melepak serta mata s.epet seperti ibu dan ayahnya.

Menerusi Instagram, Intan memuat naik sebuah video Evie yang sedang melakukan aktiviti tummytime.

Si comel Evie Khadeeja yang dilahirkan pada 31 Januari lalu kini sudah pun hampir berusia lapan bulan.

Melalui perkongsian gambar dan video Evie, wargamaya menyatakan Evie semakin iras dengan wajah ayahnya, Harris Alif. Malah ramai juga yang menyatakan Evie meniru wajah daddy.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut kedua pasangan ini turut meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

Jepun sangat ni Haris. Macam daddy dia betul. Sebijik muka daddy ni. Anak Korea mana ni? Comelnya. Alolo. Comel macam mummy dan daddy dia, masyaAllah.

Terdahulu, Evie Khadeeja, cahaya mata sulung pasangan ini dilahirkan pada 31 Januari 2022 yang lalu.

Kredit : HCL/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x