Dari Keclk Cantlk. NelydiaSenrose Tunjuk Gambar Lama Tapi Netlzen TakTahu Yang Mana SatuUqasha

PETALING JAYA – Barangkali ters.entuh memikirkan ini ulang tahun terakhir Uqasha Senrose sebelum bergelar isteri orang, pelakon Nelydia Senrose mengambil kesempatan menitipkan ucapan istimewa buat kakaknya, Uqasha.

Memuat naik beberapa keping foto lama yang pastinya menggamit kenangan dan memori mereka berdua ketika zaman kanak-kanak, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Sen menyifatkan cukup bertuah dikurniakan kakak sebaik Uqasha.

“Selamat ulang tahun Usha!. Begitu banyak kenangan yang tela kita lalui bersama dan saya menghargai setiap saat itu.

Kredit Gambar

“Kamu merupakan kakak terbaik yang pernah saya ada. Saya sangat bertuah kerana mempunyai kakak sepertimu. Terima kasih selalu manjakan diri ini walaupun kadang-kadang kakak meny.ampah nak layan,” tulisnya dalam Instagram.

Pada hantaran sama, Nelydia turut mendoakan agar kakaknya itu sentiasa dilindungi Allah dan hidupnya diberkati dunia akhirat.

Menjengah pada ruangan komen, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut dilihat membalas ucapan adiknya itu.

“Haha gambar paling akhir tu sebenarnya baru kena m.arah dengan mama. Apapun terima kasih adikku. Sayang kamu sangat-sangat,” tulis Uqasha.

Rata-rata pengikut dan rakan-rakan artis turut mengambil kesempatan mengucapkan hari lahir dan menitipkan doa buat Uqasha.

“Suka tengok hubungan kamu berdua. Dua-dua cantik dari kecil sampailah sekarang.

“Dua-dua saya suka tengok. Semoga kalian berjaya dunia akhirat dan membanggakan keluarga. Selamat hari ulang tahun Uqasha,” tulis netizen.

Semalam, Kamal Adli menerusi entri dalam Instagramnya menitipkan ucapan dan doa buat tunangya, Uqasha sempena ulang tahun yang ke-29.

Terdahulu, Kamal, 35, membuat kejutan apabila melamar Uqasha pada majlis Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember lalu.

Hubungan cinta mereka menjadi perh.atian selepas digandingkan dalam drama arahan Michael Ang berjudul Setelah Terlafaznya Akad. 

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.