Dat0Awle Tgur GlonganBerdult NakJadi Pnyanyi BuatRmai Netlzen Skong. Ini KatKata Bliau

Kuala Lumpur – Penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa k.esal dan kecewa dengan t.indakan segelintir usahawan serta Tik.Toker yang cuba memasuki industri hiburan dan bergelar penyanyi.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, industri muzik kini r.osak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang yang tidak berbakat.

Sekadar info, dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur kerjaya muzik Awie sebagai artis bermula pada 1987 bersama kumpulan Wings dengan muncul album pertama berjudul Belenggu Irama. Ketika popular bersama Wings, beliau memperkembangkan bakatnya yang semula jadi dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Pemb.uru Bayang pada tahun 1993.

Awie kemudiannya mengambil langkah untuk meninggalkan Wings dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada 1993 apabila beliau melancarkan album solo eponim pertamanya pada 1994 dan telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan album tersebut sebagai pemegang rekod penjualan album tertinggi bagi artis solo lelaki di Malaysia.

Ramai Setuju Bila Awie Tegur

Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka mela.curi industri ni dengan t.eruknya, t.eruk sangat tahu tak!.

Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi.

“Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat saya pun tak bagus tapi saya sayangkan industri ni,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Wings antara barisan artis yang bakal membuat persembahan pada Konsert Hausboom Muzik 2022 bersama artis lain seperti Hujan, Bunkface, Joe Flizzow, Ruffedge, Masdo dan ramai lagi.

Kredit : Mstar/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.