DatukNora Ddah CerltaSbenar Lepas Diktakan Menlpu. Dah 2 TahunKahwln, Pksa SuamiCeral IsteriPrtama

Petaling Jaya – Sebelum membuat keputusan untuk bernikah sekali lagi, penyanyi terkenal, Datuk Nora terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada golongan yang berilmu.

Nora enggan terburu-buru membuat keputusan, apa lagi memikirkan pelbagai pertimbangan harus diambil kira.

Namun, setiap nasihat dan doa yang dititipkan oleh rakan-rakan karib dan beberapa ustazah mengenai takdir yang tertulis itu membuka hati penyanyi lagu Hanya Satu itu menerima lamaran Dr Rushdi Ramli yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Dan masih lagi kental di kotak fikiran Nora mengenai pesanan yang dititipkan oleh ibu kepada Allahyarham Johan Nawawi iaitu sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, jangan sesekali segan menolaknya.

“Allahuakbar… besar sungguh rahmat Allah. Selama ini saya serah pada Allah secara total tentang perjalanan hidup saya. Dr Rushdi hadir dalam hidup saya tanpa dirancang. Kami tidak bercinta seperti orang lain, jauh sekali keluar bertemu. Semua itu tidak berlaku.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik,” kata Nora ketika dihubungi.

Dikatakan Dah Dua Tahun Kahwin

“Astaghfirullah hal ‘azim,” demikian respon penyanyi Datuk Nora Ariffin apabila muncul satu k.ontroversi panas membabitkan perkahwinannya baru-baru ini.

Menurut Nora, kesemua yang dinyatakan itu adalah tidak benar dan hanyalah f.itnah semata-mata.

“Astagfirulllahalazim..Semua ini f.itnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya,” katanya ringkas.

Terdahulu, timbul desas desus tidak enak apabila ada seorang individu mend.akwa Nora telah menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan suami, Dr Rushdi Ramli yang difahamkan sudah berlarutan hampir dua tahun.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut juga mend.akwa Nora pernah memaksa suaminya itu untuk menc.eraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan pen dan kertas.

Nora bukan baru kahwin ya. Sudah dua tahun tapi katanya baru dilamar. Dia beritahu kepada umum kononnya baru dilamar apabila wajah suami baharunya itu k.antoi dalam satu video percutian Nora ke Langkawi.

Hebat Nora berjaya menipu satu Malaysia. Boleh tanya Nora sendiri, berani kerana benar, d.akwa pengguna laman sosial tersebut.

Terdahulu Nora mengumumkan telah bernikah dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Jelas Nora, dia memohon maaf kerana tidak memberitahu secara terbuka mengenai ikatan tersebut. Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Walau bagaimanapun suaminya mening.gal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat s.erangan jantung.

Kredit : Astro/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.