Gnap Sethun ArwahIsterl Tlada, ShuibBritahu Ada SatuPrkara Maslh Blum Trjadi Buat RmaiSebak

Petaling Jaya – Pelawak p.opular, Shuib Sepahtu sukar membuang perasaan sedih atas pemergian a.rwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang hari ini genap setahun menin.ggal dunia mengikut kalendar Islam.

Sebak saat soalan diajukan, Shuib tidak dapat mengawal diri mengimbas kembali detik pemergian a.rwah pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, kata Shuib, 37, atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, dia harus reda dengan pemergian a.rwah dan percaya dengan setiap aturan ditentukan Allah.

Saya reda, cuma rindu yang sangat unik. Kadang-kadang, saya tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan perasaan setiap hari tidak sama.

Saya berikan satu contoh. Pernah tak teringat sesuatu perkara tanpa g.agal, setiap hari? Saya melaluinya setiap hari dalam masa setahun ini.

Tiada satu hari pun saya tidak ingat atau memikirkan a.rwah. Saya akan selalu bersedih, tetapi insya-Allah, saya reda dengan ketentuan ini. Saya bersyukur segala yang Allah beri dan aturkan untuk saya.

“Dengan apa yang dilalui, saya yakin Allah mahu berikan lebih baik untuk saya dan anak-anak, insyaAllah,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah mengh.embuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi ICU H.ospital Canselor Tuanku Muhriz HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia UKM a.kibat C.0vID19 pada jam 5.13 pagi pada 9 Ogos, tahun lalu.

Hari ini, genap setahun pemergiannya mengikut kalendar Islam, di mana a.rwah Siti Sarah menin.ggal dunia sehari sebelum Awal Muharam yang jatuh pada esok.

Bagi Shuib, meskipun sudah setahun, dia masih merasakan baru semalam a.rwah meninggalkannya dan anak-anak.

Namun, dalam tempoh setahun ini, Shuib berkata, a.rwah tak pernah hadir dalam mimpinya.

Saya sangat berharap dapat bertemu a.rwah dalam mimpi. Setahu saya, anak-anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin pernah bermimpikan a.rwah.

“Cuma, saya dan bapa mentua belum lagi. Saya hanya pernah bermimpi saya mencari-cari a.rwah, tetapi tidak berjumpa. Mimpi dapat melihatnya depan mata, belum lagi hadir. Saya berharap sangat dapat mimpikan a.rwah,” katanya.

Berkongsi mengenai anak-anak, Shuib berkata, anak-anak masih bertanya mengenai a.rwah, namun semuanya dalam keadaan terkawal.

Mereka masih bertanya dan kalau rindu, mereka beritahu. Contohnya, Talita. Saya kenal anak-anak dan tahu bila masa mereka merindui ibu mereka.

Bila saya tanya, mereka akan jawab sangat merinduinya. Boleh tengok riak wajah mereka menangis. Namun, anak-anak tetap menerima pemergian a.rwah dengan baik, cuma, mereka memerlukan lebih perhatian daripada saya. Sayalah bertanggungjawab memenuhi apa yang mereka ingini, insyaAllah mereka okay, katanya.

A.rwah Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1.

Ayash dilahirkan pada 6 Ogos, tahun lalu melalui kaedah pemb.edahan di HCTM, UKM iaitu tiga hari sebelum arwah menghe.mbuskan nafas yang terakhir.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x