Hablslah. Ini Knyataan Dari KetuaP0lis Lepas Ada Slebriti Rntas Negeri KeJnda Balk

KUALA LUMPUR: Selebriti media sosial, Vie Shantie Khan menjawab persoalan pengikutnya berhubung kebenaran merentas negeri selepas dia memuat naik gambar bercuti di Janda Baik.

Menurutnya, destinasi aktiviti riadah yang dituju masih lagi dalam zon Selangor namun syarat surat rentas masih kekal bagi yang hendak merentas negeri.

“Tidak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting ke mana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap dua dos v.aksinasi ok?,” ujarnya.

Luah Vie, sebaik saja kerajaan mengisytiharkan semua aktiviti riadah sudah dibenarkan, dia rasa bersyukur kerana dapat melepaskan beban rindu untuk meluangkan masa bersama ahli anggota keluarga.

“Alhamdulillah, bila dengar saja kerajaan mengisytiharkan semua aktiviti riadah dah boleh buka pelitup muka. Kami menjadi orang pertama yang merasmikan bersama anak-anak di Janda Baik semalam (11 September).

“Hanya 30 minit dari rumah kami, inilah berita gembira buat anak-anak yang sudah terlalu lama berkurung di rumah. Bukan kami saja yang seronok dapat masuk hutan, tapi orang hutan pun suka tengok kami,” luahnya di Instagram.

Walaupun pada perkongsian berkenaan Vie menutup ruangan komen tersebut, tapi pada hantaran gambar aktiviti riadah berbeza, ibarat pelitup muka sudah dibuka, majoriti melayangkan komen dan persoalan kerana tidak berpuas hati terhadap pengusaha fesyen muslimah yang didakwa l.olos ke destinasi itu.

Ketua Polis Tampil

Polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh selebriti media sosial, Vie Shantie Khan yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, Janda Baik terletak di dalam negeri Pahang yang memerlukan orang ramai dari negeri lain perlu mendapatkan surat rentas negeri untuk perkara yang dibenarkan.

“Kalau berdasarkan kenyataan dia Vie Shantie memang s.alah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai p.eraturan rentas negeri seperti sebelum ini.

“Saya akan semak dan s.iasat dahulu sebelum t.indakan susulan dapat dibuat,”katanya di sini, hari ini.

Semalam selebriti media sosial, Vie Shantie Khan menjawab persoalan pengikutnya berhubung kebenaran merentas negeri selepas dia memuat naik gambar bercuti di Janda Baik.

Vie Shantie dilaporkan berkata, destinasi aktiviti riadah yang dituju masih lagi dalam zon Selangor namun syarat surat rentas masih kekal bagi yang hendak merentas negeri.

Menurut Zaiham pihaknya akan melakukan semakan terperinci terlebih dahulu termasuklah tujuan merentas negeri dan juga lokasi terlibat sebelum t.indakan susulan dibuat.

Katanya, pihak polis akan sentiasa memastikan segala peraturan dan u.ndang-u.ndang ditetapkan termasuklah prosedur o.perasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.