Ini Jwapan Dari PlhakMasjld Lepas TularVVIP Masuk S0latJumaat Tak Bratur

PETALING JAYA – Ada kabel dan pangkat baru boleh masuk masjid. Itu keluhan yang dapat didengari dalam satu rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Rakaman video berdurasi kira-kira satu minit itu dipercayai dirakam semasa solat Jumaat semalam.

Menerusi rakaman video itu, sekumpulan lelaki dilihat dilarang memasuki kawasan sebuah masjid. Bagaimanapun mereka yang membawa sejadah sendiri hanya mampu menunggu di depan pagar yang ditutup dan dikawal k.etat oleh kakitangan masjid tersebut.

Permintaan mereka supaya dibenarkan masuk untuk menunaikan solat tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian individu yang baru tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat. Pagar masjid turut dibuka untuk beberapa lelaki dipercayai pegawai dan pengawal individu tersebut.

“VIP (orang kenamaan) sampai terus boleh masuk. Kami dah tunggu sejak pukul 12.15 tengah hari. Esok kau menjawab la kat akhirat,” kata perakam video itu.

Kenyataan Dari Pihak Masjid

Masjid Putra Putrajaya tampil menjelaskan sebuah video yang tular mengenai layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat  semalam di masjid itu.

Masjid itu dalam satu kenyataan berkata, pengurusan kehadiran jemaah di masjid itu sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan p.rosedur o.perasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Menurut kenyataan itu, bagi solat Jumaat, kapasiti Jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang.

“Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan.

“Tidak dapat dinafikan, saban minggu Masjid Putra menerima kehadiran para jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan sejak jam 11.00 pagi untuk menunaikan solat Jumaat,” kata kenyataan itu.

Masjid Putra memberitahu, apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pinta pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid. Pihak masjid memaklum dan menasihatkan para jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

“Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan

“Justeru, kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi,” katanya.

Kredit Gambar

Ujar kenyataan itu lagi, sebarang cadangan dan maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra.

“Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini,” katanya lagi.

Kredit : Kosmo/MG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.