Ini JwapanT0mok LepasAda JurlTgur Ssuatu Tntang Penmpilan Bliau MasaGgarVaganza

Kuala Lumpur – Kemunculan Tomok di pentas minggu kedua Gegar Vaganza musim kesembilan GV9 dalam persalinan serba merah berinspirasikan crop blazzer era 80an dengan seluar carrotcut mencuri tumpuan ramai termasuk salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang.

Hetty ketika mengulas mengenai persembahan Tomok memberitahu pakaian yang digayakan tidak sesuai dengan lagu disampaikan iaitu Janji Padamu nyanyian asal kumpulan Exists.

Sekadar info, Tomok boleh dikatakan sebagai tonggak utama kumpulan New Boyz. Ini kerana Tomok merupakan satu-satunya anggota New Boyz yang kekal dari awal kemunculan sehingga kini biarpun ahli yang lain sering bersilih g.anti.

Sepanjang bersama New Boyz, Tomok telah melahirkan enam buah album studio iaitu New Boyz 1999, Akur 2000, Wirama 2001, Inspirasi 2002, Bermulanya Satu Ev.olusi 2004 dan Semula Padaku 2007 beserta satu album kompilasi iaitu The BestOf New Boyz 2003.

Saya Terima Bunda Cakap

Tidak berasa s.edih dengan komen diberikan penyanyi terkenal Indonesia itu, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 38, berkata, busana rekaan Hatta Dolmat itu adalah ideanya dan gembira dengan hasil seperti digambarkan.

Memang l.ook ini yang Tomok minta pada Hatta Dolmat. Saya tak pernah pakai macam ini, jadi saya nak cuba.

“Masing-masing ada pendapat tersendiri, saya terima apa yang Bunda Hetty cakap. Mungkin ada betulnya. Perkara positif atau n.egatif kita terima dan Insya Allah akan diperbaiki lagi,” katanya.

Tomok berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan minggu kedua GV9 selesai yang diadakan di Auditoriam Majlis Bandaranya Shah Alam MBSA pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Tomok yang dilabel sebagai fi.ghter memberitahu dia suka berada di atas pentas menghiburkan peminat dan sentiasa cuba memberikan sebaik mungkin ketika persembahan termasuk pemilihan pakaian.

Kata Tomok, gelaran juara tidak bermain di dalam fikirannya tetapi apa lebih penting dia tidak mahu menghampakan peminat yang sentiasa menyokongnya.

“Memang atau k.alah, saya akan lawan jadi apabila naik ke pentas, saya akan berikan yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, Tomok mengakui sedikit tertekan apabila berada di kedudukan pertama pada pertandingan minggu kedua ini kerana sedar jangkaan peminat terhadapnya lebih tinggi.

Bagaimanapun kata bekas anggota kumpulan New Boyz ini, perkara itu turut menjadikannya lebih bersemangat untuk berjuang dalam pertandingan tersebut.

“Mestilah tertekan, saya pun tak sangka dapat nombor satu. Tapi Alhamdulillah ia semangat untuk saya menjadi lebih baik minggu depan,” katanya.

Diberi tugasan lagu H.ukum Karma nyanyian asal kumpulan Wings minggu depan, Tomok gementar kerana tidak pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.