Ini KataKata Pdu DatoHattan Lepas Dla Dikcam Tgur HettyK0esEndang Nalk Pentas GgarVaganza

Petaling Jaya – T.rending di Twitter mengenai status warganet yang kecewa dengan persembahan Adibah Noor menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku dalam Konsert Gegarvaganza semalam.

Mereka berpendapat olahan tersendiri Adibah dalam lagu tersebut telah mer.osakkan ketulenan lagu asal yang popular dinyanyikan oleh Hetty Koes Endang yang merupakan juri dalam program berkenaan.

Malah, ramai yang bersetuju penggunaan elemen dikir barat untuk lagu dangdut berkenaan sebagai tidak sesuai.

Dato Hattan Tegur Hetty Koes Endang Sebab Naik Pentas

Penyanyi, Dato Hattan dipercayai kurang gemar melihat t.indakan bunda Hetty Koes Endang yang mengajar para peserta Gegar Vaganza musim kelapan secara live.  Menurut Hattan, perkara tersebut boleh dilakukan di belakang pentas.

Dalam episod minggu ketujuh semalam, Adibah Noor dan Nikki Palikat telah membawakan lagu Berdiri Bulu Romaku dan Rindu nyanyian Hetty Koes Endang.

Sebaik sahaja Adibah Noor selesai melakukan persembahan, bunda Hetty dilihat naik ke pentas dan mengajar kedua-dua penyanyi tersebut untuk menyampaikan lagunya dengan cara yang lebih baik. 

Bukan itu sahaja, Hetty Koes Endang turut mengajak kedua-dua peserta tersebut untuk duduk bersamanya di pentas. Berikutan daripada t.indakan tersebut, Dato Hattan telah memuat naik satu posting di akaun Facebooknya.

Juri kalau nak mengajar bukan masa tengah live. Boleh mengajar jumpa belakang pentas. Sikit-sikit sudah.

Ujar Dato Hattan, pihak juri tidak sepatutnya mengajar para peserta ketika pertandingan tersebut sedang bersiaran secara langsung. Tambah Dato Hattan, lebih manis sekiranya para juri mengajar para peserta di belakang pentas.

Di ruangan komen, ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan pendapat Hattan. Menurut netizen, setiap juri layak memberi k.ritikan, pandangan mahupun pengajaran buat para peserta supaya mereka melakukan persembahan yang lebih baik.

Di samping itu, netizen meminta pelantun suara Mahligai Syahdu itu supaya jangan menonton program berkenaan sekiranya tidak mahu melihat para peserta diajar ketika siaran langsung.

Susulan daripada komen netizen, Hattan memberitahu bahawa dia perlu menonton program tersebut kerana beliau seorang penyanyi dan terlibat dalam industri seni.

Selain Adibah, peserta yang menyertai ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz, Ani Mayuni,Suki, Nikki dan Upiak Isil.

Musim ini juga menyaksikan kemeriahan berganda apabila Astro turut mengumumkan kehadiran pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang akan mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional

Kredit : OB/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.