
Kuala Lumpur – Seorang wanita menjadi perhatian sekelip mata gara-gara wajahnya dikatakan mirip pelakon popular Fazura.
Terus menjadi bualan netizen, wajahnya bukan sahaja iras pelakon j.elita itu, malah suara dan gaya percakapannya turut dilihat mempunyai persamaan.
Kembar Fazura, Ellya Farahanny Ridzuan berkata, dia tidak menyangka dirinya menjadi perhatian secara tiba-tiba meskipun terdapat pihak yang mula menyedari dirinya mirip tunjang utama filem D.endam P.ontianak itu.
F.ollowers saya di Tik.Tok tiba-tiba naik mendadak, dari 800 kepada lebih 19,000 untuk satu malam. Saya terkejut dan gembira sebab ada ramai f.ollowers. Pada masa sama rasa t.akut juga, biasalah netizen masing-masing ada pendapat berbeza.

“Jujurnya, saya tak biasa dengan e.xposure macam ni. Tapi alhamdulillah, saya cuba membiasakan diri,” ujar wanita berusia 20an itu.
Fazura Sendiri Komen
Lebih menarik, kemunculannya di laman sosial turut disedari oleh Fazura sendiri yang teruja memberikan komen.
“Oh hi twin hai kembar,” tulis Fazura di ruangan komen menerusi salah satu video wanita itu.
Lebih mesra disapa Elle, pada mulanya dia tidak menyedari dirinya mempunyai persamaan sehingga dit.egur oleh rakan-rakan.
Bila orang kata saya macam Fazura, barulah saya tengok kat cermin, Ada sikit kot, tapi setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
“Pasal suara tu taklah sama sangat. Mungkin orang mendengar cara saya bercakap. Saya bukan tiru Fazura, saya hanya menjadi diri sendiri,” ujarnya yang berasal Batu Gajah, Perak.
Walau bagaimanapun, Elle yang ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia empat tahun, menganggap persamaan itu sebagai satu penghargaan orang ramai dan anugerah Allah.
“Sudah tentu dalam hati berbunga-bunga. Fazura kan t.op artis Malaysia dan pernah dilabel sebagai wanita Melayu paling cantik di Malaysia.
“Pada masa sama saya malu. Saya bukan siapa-siapa, bukan pelakon. Saya bukan saudara-mara dengan Fazura, tiada pertalian pun,” katanya yang pernah bergelar model untuk memp.romosikan produk antara 2013 sehingga 2016.
Berkahwin pada 2017, Elle dan suami mengusahakan agensi pemasaran bagi memp.romosikan produk dan perkhidmatan klien mereka menerusi video video iklan, sebelum memulakan bisnes makanan dan minuman pada 2022.
Kami buat bisnes stik p.remium menerusi khidmat penghantaran di sekitar Lembah Klang. Sampai soldout stik bila dah vi.ral ni, dan kena r.estock.
Ada banyak tawaran yang saya terima seperti memp.romosikan produk, tapi masih pertimbangkan kerana mahu fokus pada bisnes stik. Impian kami adalah untuk membuka sebuah restoran stik berkonsepkan finedining di pusat beli-belah.
“Pada masa sama, saya teringin untuk bertemu dengan Fazura. Belum pernah jumpa dia,” katanya yang gemar melukis komik, membaca buku dan menyanyi serta meminati penyanyi Aina Abdul dan Azlan The T.ypewriter.

Sementara itu, suami Elle juga 20an, Muhammad Firdaus Zakri memberitahu mereka mengenali sewaktu belajar di Universiti Malaya dan menyifatkan isterinya sebagai wanita bijak, tidak mudah p.utus asa dan sangat bertolak ansur serta menjadi ibu yang terbaik.
“Dulu sebelum kahwin, memang wajah dia isteri macam Fazura. Bila dah kahwin, saya langsung tak fikir persamaan itu, tapi dia adalah permaisuri hati saya, segala-galanya bagi saya. Setakat ini, belum ada lagi orang panggil saya Fattah Amin, nasib baiklah,” katanya yang merujuk kepada pelakon yang juga suami kepada Fazura.
Setakat ini, video Elle yang dikatakan mirip Fazura meraih 1.8 j.uta tontonan di Tik.Tok.
Kredit : Mstar/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.