Ini Reaksi IsmailSabri Selepas MuhyiddinYassin Lantlk Bellau Jadi TlmbalanPerdana Menterl

Kuala Lumpur: Menteri Pert.ahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Menurutnya, pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi k.risis kes.ihatan dan e.konomi pada masa ini.

Kenyataan itu juga memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Katanya, sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

“Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi p.andemik C0vid-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas ra.suah dan berintegriti.

Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin atas pelantikan ini.

Reaksi Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan yang diberikan dalam pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut berterima kasih atas sokongan Presiden U.MNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin parti p.olitik dan seluruh rakyat Malaysia.

“Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri turut berdoa semoga semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang.

Kredit : HM/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.