KakakIni Tlarkan Reslt NasiKandar Mhal, Bila Phak KedalTelef0n Blik RupanyaIni Yang Jadl

Georgetown – Seorang pengguna berkongsi harga mengenai sepinggan nasi kandar berlaukkan seketul ayam goreng dan telur masin di sebuah restoran nasi kandar di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini iaitu RM 27.

Melalui sekeping gambar yang tular hari ini, ia memaparkan hidangan berkenaan bersama resit yang tertera harga nasi kandar berkenaan bersama minuman sebanyak RM 32.65 termasuk cukai jualan dan perkhidmatan SST.

Harga bagi sepinggan nasi kandar tersebut seperti yang tertera adalah sebanyak RM 27.30 sepinggan dan minuman limau suam berharga RM 3.50.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen, antaranya rata-rata mend.akwa ia adalah harga biasa bagi kedai makan di dalam sebuah lapangan terbang.

“Boleh dapat tiga ekor ayam ni. Eh, dua ekor sekarang ni,” kata Erna Nadia.

Sementara itu, Ila Liana berkata: “Ayam terhad lapangan terbang tu. Turun dari langit.

Pihak Kedai Telefon Beritahu

Seorang pengguna media sosial dipercayai pelanggan sebuah restoran nasi kandar di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang LTAPP, Bayan Lepas di sini tampil menjelaskan mengenai kes.ilapan juruwang berhubung harga nasi kandar berharga RM 27 sepinggan.

Individu dikenali sebagai Nurliani menerusi laman sosial Facebook berkata, harga sebenar nasi kandar berlaukkan seketul ayam goreng dan separuh telur masin tersebut adalah RM 13.30 berbanding RM 27.30 yang tertera pada resit.

“Kemaskini. Kerana cukai sebenarnya. Pihak nasi kandar dah hubungi tadi dan mengaku ada kesi.lapan juruwang. Jadi, bertenang ya kawan-kawan. Harga sebenar RM 13.30,” tulis Nurliyani.

Terdahulu tular di media sosial sejak semalam apabila sekeping gambar resit memaparkan harga sepinggan nasi kandar di LTAPP yang didakwa lebih tinggi sehingga mengejutkan ramai netizen.

Resit tersebut tertera sepinggan nasi kandar berharga RM 27.30 dan secawan air limau suam RM 3.50, manakala jumlah hidangan tersebut termasuk cukai jualan dan perkhidmatan SST berjumlah RM 32.65.

Perkongsian itu menerima respon netizen apabila rata-rata berpandangan ia harga biasa di sebuah lapangan terbang, manakala segelintir lagi beranggapan harga tersebut tidak mu.nasabah.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.