KakakIni Trkejut Mkan KariIkan Ada MtaKail. Bila Mngadu, IniPula Jwapan OwnerRstoran

Kuala Lumpur – Jika ditelusuri di media sosial, banyak kisah dan pengalaman yang dikongsikan warga maya ketika membeli makanan di gerai penjaja, kedai makan mahupun restoran mewah.

Lazimnya, rata-rata perkongsian tersebut adalah berkisarkan soal harga, keb.ersihan serta kualiti makanan yang disajikan.

Paling tidak boleh diterima dek akal apabila ada netizen yang berkongsi kisah terjumpa b.endasing dalam makanan seperti b.ulu, rambut, kulit telur, cebisan tali mop, serangga dan sebagainya.

Namun perkongsian seorang wanita mengenai pengalamannya menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di sebuah restoran di Kuala Lumpur, sudah cukup membuatkan orang ramai seramsejuk.

Seorang pelanggan wanita berdepan detik ce.mas apabila dia menemui mata kail dalam hidangan kari yang dipesan di salah sebuah restoran di ibu kota.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, kelihatan mata kail yang besar dan t.ajam itu diselaputi kuah kari manakala bahagian tengahnya masih terlekat sisa isi ikan.

Mujurlah salah seorang daripada ahli keluarga wanita tersebut ternampak mata kail tersebut sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Wanita tersebut segera membuat aduan kepada pengurus restoran berkenaan mengenai penemuan yang tidak dijangka itu, namun respons yang diterima amatlah mengecewakan.

Bukan sahaja enggan bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku, sebaliknya pihak restoran menyalahkan pula pembekal ikan mereka.

“Ada mata kail di kepala ikan, bukankah ia luar biasa?. Nasib baik ayah saya tidak menyuap dan mengg.igitnya, sempat melihatnya apabila dia menggunakan sudu untuk memakan ikan itu.

“Bagaimana dengan orang lain? Bagaimana jika kanak-kanak yang terjumpa?. Adakah mereka makan mata kail?. Pada awalnya, mereka kata ia s.ilap pekerja di dapur, tetapi apabila saya nak buat bayaran, mereka minta maaf dan kata ia adalah salah pembekal,” kata wanita berkenaan.

Segelintir netizen turut meluahkan rasa s.eram dengan penemuan mata kail di dalam hidangan tersebut. Menurutnya lagi, harga untuk kesemua hidangan yang dipesan berjumlah RM 298.60 namun bil tersebut diberi diskaun sebanyak 60 sen, menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah RM 298.

Menjengah komen netizen, rata-ratanya meng.ecam sikap tidak bertanggungjawab pihak restoran berkenaan kerana mengambil mudah soal kebersihan dan keselamatan pelanggan.

Pekerja dapur bersihkan ikan betul-betul ke tidak?. Macam mana cef pun tak perasan?.

Kalau tert.elan mata kail tu, bukan kena bayar 60 sen untuk kos pemb.edahan. Restoran mana ni. Hanya 60 sen? Saya akan s.aman mereka,” demikian antara komen netizen.

Kredit : Mstar/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.