KenaUsik Dengan EllyMzlein Masa GegarVaganza, Ini Jwapan ShilaAmzah Adkah Dia BlasPndangan DriSharnaaz

Kuala Lumpur – Percintaan di antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad sudah lama terk.ubur masih ada mengaitkan mereka berdua sehingga ada peminat berharap hubungan mereka kembali bertaut memandangkan kedua-duanya kembali s.ingle.

Shila dan Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu hadir menonton program Gegar Vaganza musim ke 9 GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA pada malam Ahad.

Sekadar info, dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur oleh sebuah keluarga muzik, Shila mula bergiat aktif dalam muzik ketika berusia sembilan tahun dan membuat persembahan di pelbagai tempat muzikal ketika kecil. Beliau mengeluarkan album pertamanya, Terima Kasih Guru pada usia 10 tahun.

Beliau mula memenangi anugerah sejak itu, bermula dengan Artis Kanak-kanak Paling P.opular di Anugerah Bintang P.opular Berita Harian.

Tak Tahu Dia Pandang Ke Tak

Kelibat Sharnaaz menjadi tumpuan terutamanya ketika Shila menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian asal Liza Hanim selain penyanyi itu dilihat memberikan pandangan kepada aktor berkenaan.

Mengulas mengenai kehadiran Sharnaaz, Shila atau NurShahila Amir Amzah, 32, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai m.asalah malah mengakui turut memberikan eyecontact kepada aktor berkenaan.

Shila berkata, kehadiran Sharnaaz tidak menganggu tumpuannya kerana apa lebih penting adalah fokus terhadap persembahan.

Kalau tanya diri saya yang berusia 22 tahun, mungkin saya akan mempersoalkan tetapi sekarang saya rasa biasa sahaja.

“Saya bagi eyecontact tapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam, saya tak tahu dia pandang saya atau sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Shila tidak terasa hati dengan usikan pengacara GV9, Elly Mazlein dan menganggap perkara itu sekadar gurauan.

“Okey jer, lagi pun kita sayang Kak Lina Elly. Cara Kak Lina mengusik pun bukanlah keterlaluan manja-manja sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Shila menjelaskan ini bukan kali pertama dia bertembung dengan Sharnaaz dalam program hiburan malah pernah membuat persembahan dihadapan pelakon itu ketika minggu kedua program The MaskedSinger Malaysia.

Tidak hanya itu, mereka juga pernah bertembung ketika acara berbuka puasa yang dianjurkan Astro pada bulan Ramadan yang lalu.

“Saya pernah menyanyi depan dia dalam minggu kedua The MaskedSinger Malaysia dan kali kedua ketika program berbuka puasa anjuran Astro. Saya nampak dia dari jauh,” jelasnya.

Penyanyi lagu Memori Tercipta ini juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Sharnaaz pada masa hadapan namun bergantung kepada tawaran diberikan.

“Bergantung kepada apa tawaran tersebut, naskhahnya, berbaloi atau tidak. Saya tidak mahu buat sesuatu atas dasar nak menghidupkan sesuatu yang sudah tiada dan menggunakan situasi itu ia tak seronok,” katanya.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.