KtikaTemubual, ShulbAkhrnya Britahu DiaTngah Brkawan Dengan Sesorang. Ini KatKata Bliau

Petaling Jaya – Sebelum ini, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila.

Namun, bekas penyampai Hot FM itu menjelaskan dua selebriti p.opular itu hanya sekadar rakan industri sahaja.

Pelakon, Wan Sharmila mengakui selesa dengan keluarga pelawak dan pelakon p.opular, Shuib namun menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan dalam industri hiburan.

Wan Sharmila yang mesra disapa Lala ketika dihubungi berkata, dia juga pernah bekerjasama dengan Shuib.

“Berkaitan khabar angin itu, rasanya Shuib pun ada keluarkan kenyataan bahawa kami hanyalah rakan dalam industri hiburan. Saya pun pernah berjumpa keluarga serta anak-anaknya sebab kami memang kenal dan pernah bekerjasama,” katanya.

Nama Wan Sharmila mula menjadi sebutan ramai dan dikaitkan dengan Shuib selepas beberapa foto dan video dimuat naik ke Instagram ibu Shuib ketika dia hadir ke majlis bacaan t.ahlil sempena pemergian Allah.yarham SitiSarah Raissuddin baru-baru ini.

Pilihan Ibu

Pelawak dan usahawan p.opular, Shuib mende.dahkan sedang mengenali hati budi seseorang. Shuib bagaimanapun belum bersedia untuk bercerita soal jodoh dan perkahwinan kerana mereka masih dalam proses berkenalan.

“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak b.erani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya t.akut betul nak bercakap mengenai ini jodoh sebenarnya.

“Kalau ada jodoh saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya pada program Melodi yang bersiaran di TV3 semalam.

Menurut Shuib, wanita yang sedang dikenali bukan dalam kalangan industri seni.

“Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya,” katanya.

Kredit : HM/YT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.