Lepas Kena BersalinAwal Hari Ini, SuamiNabil Mahir Berltahu Keadaan AydaJebat

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bakal menjalani proses pemb.edahan bagi melahirkan bayi sulungnya petang ini.

Perkara tersebut dikongsikan Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, menerusi hantaran Instagram sebentar tadi. Kata pelantun lagu Parah Parah itu, dia akan melahirkan bayi sulungnya secara pemb.edahan seminggu lebih awal daripada tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah baby wuvv gelaran bayinya akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.

“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.
Empat jam lalu, Ayda memuat naik gambarnya sedang terbaring di atas katil h.ospital sambil ditemani suami, Nabil Mahir.

Dia juga turut memuat naik semula repost hantaran InstaStory adiknya, Sabira Jebat yang memohon doa orang ramai agar urusan bersalinnya dipermudahkan.

Menurut Sabira, Ayda terpaksa melahirkan bayinya lebih awal kerana mengalami k.ontraksi bersalin selain keadaan bayinya yang s.ongsang di dalam perut.

“Doakan kakak saya dipermudahkan urusan bersalin hari ini. Bayi Ayda dan Nabil dah tak sabar nak keluar!. Kec.emasan sebab k.ontraksi dan bayi s.ongsang. Semoga dipermudahkan urusan bersalin kakak. Kami sayang awak. Ivy tak sabar nak tengok sepupu dia,” tulis Sabira.

Ayda Jebat selamat lahirkan bayi perempuan

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan secara pemb.edahan di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 7.07 malam, hari ini.

Berita gembira itu dimaklumkan suami Ayda yang juga pengacara Nabil Mahir.

Nabil berkata, dia bersyukur apabila proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulung dipermudahkan. “Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya ringkas.

Terdahulu, Ayda menerusi hantaran di Instagram hari ini mendedahkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pemb.edahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.