Lepas KKMM0hon Maaf Sebab PcagariK0song, Ini Yang Jadi Dekat PetugasTersebut

PETALING JAYA: Susulan video tular yang menunjukkan rakaman proses v.aksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun diberi s.untikan v.aksin kosong, s.iasatan awal mendapati ia akibat petugas kes.ihatan tersalah mengambil picagari kosong.

Timbalan Menteri Kes.ihatan I, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata s.iasatan dilakukan ProtectHealth mendapati, keja.dian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM), pada 30 Sept lalu.

“Petugas kesihatan telah mengikut prosedur yang ditetapkan seperti menunjukkan v.aksin dikeluarkan dari botol v.aksin melalui picagari dan menunjukkan picagari berisi v.aksin dengan dos yang sepatutnya kepada ibu remaja berkenaan.

“Setelah menunjukkan picagari berisi v.aksin, beliau meletakkan sebentar picagari tersebut di atas meja untuk melakukan proses nyahkuman di lengan remaja sebelum memberikan s.untikan.

Bagaimanapun, beliau tersalah ambil picagari yang kosong dan membuat s.untikan ke lengan remaja tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak I.munisasi C0vid 19 Remaja (CITF-A) berkata, setelah selesai, penyuntik berkenaan menyedari kes.ilapannya dan memaklumkan Pegawai Perubatan yang bertugas di PPV UM sebelum perkara itu dimaklumkan segera kepada ibu bapa remaja tersebut.

“Setelah memahami penjelasan yang diberikan, ibu bapa remaja berkenaan telah memberi kebenaran untuk remaja tersebut diberikan s.untikan v.aksin di lengan yang berlainan mengikut Prosedur Dos Kurang.

“Prosedur Dos Kurang merupakan garis panduan klinikal yang mencadangkan pemberian v.aksin di lengan yang berlawanan jika dos pertama dianggap tidak mencukupi dan dos semula diperlukan,” katanya.

Azmi berkata pihak CITF-A amat kesal dengan keja.dian itu serta memohon maaf kepada ibu bapa dan remaja terbabit.

“Keja.dian ini disifatkan sebagai kesilapan ketika bertugas atau human e.rror. Petugas ke.sihatan yang berkenaan telah diberi amaran untuk lebih berhati-hati dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Prosedur dalaman juga telah ditambah baik dengan memastikan tiada picagari lain di ruangan meja yang sama ketika memberi s.untikan. Ini bagi mengelakkan keja.dian yang sama berulang,” katanya.

Diberhentikan

Petugas kes.ihatan yang tersalah ambil picagari kosong serta meny.untik seorang remaja 12 tahun telah diberhentikan daripada bertugas memberi v.aksin di Pusat Pemberian V.aksin Universiti Malaya (PPVUM) serta-merta.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Jawatankuasa Bertindak I.munisasi C0vid 19 Remaja (CITF-A) telah meneliti laporan yang diterima dan pihak Healthcare Organisation (HCO) dilantik di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. telah memberhentikan petugas tersebut.

“Kerajaan memandang s.erius i.nsiden seperti ini dan akan mengambil t.indakan sewajarnya bagi memastikan proses v.aksinasi dilakukan dengan selamat dan sempurna.

“Kese.lamatan dan kesejahteraan penerima v.aksin adalah menjadi keutamaan kami dan semua pengamal perubatan akan terus dipantau untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi CITF-A berkata, memahami kegusaran ibu bapa dan bagi mengelakkan keraguan dalam proses v.aksinasi remaja, CITF-A memutuskan untuk membenarkan sama ada ibu, bapa atau penjaga, menemani remaja yang mendapatkan v.aksinasi sehingga ke stesen v.aksinasi untuk melihat sendiri proses yang diberikan.

“Mulai esok, hanya seorang ibu atau bapa atau penjaga boleh menemani remaja di bawah jagaan masuk ke kawasan PPV iaitu Stesen 1: Saringan Suhu dan gejala, Stesen 2: Pendaftaran v.aksinasi, Stesen 3: Kebenaran ibu/bapa/penjaga dan konsultasi dan Stesen 4: Pemberian v.aksin.

“Selesai proses v.aksinasi, ibu atau bapa atau penjaga diminta menunggu di luar bagi memastikan kerusi yang disediakan di kawasan pemerhatian mencukupi untuk remaja yang telah diva.ksinasi duduk dan diawasi. Selepas tamat tempoh pemerhatian 15 hingga 30 minit, remaja akan dikembalikan kepada jagaan ibu atau bapa atau penjaga,” jelasnya.

Dr. Noor Azmi berkata, individu dewasa yang menemani juga dibenarkan untuk merakam video s.untikan ke atas remaja ketika proses v.aksinasi dijalankan seperti amalan SOP sebelum ini.

“Petugas kes.ihatan perlu menunjukkan picagari v.aksin yang diisi dengan sempurna kepada penerima. Semua petugas kes.ihatan dan sukarelawan yang terlibat diingatkan untuk menjalankan tugasan dengan penuh teliti dan bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, pada masa sama kerajaan berterima kasih kepada semua petugas kes.ihatan dan sukarelawan yang telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan program v.aksinasi selama ini.

“Kemajuan yang kita capai dalam masa yang singkat ini adalah hasil peluh keringat anda semua dan ini sememangnya amat dihargai semua pihak,” katanya

Kredit : FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.