Masa LiveMajlis Fazura, JamalAbdillah Jmput FattahAmin Nynyi. SekaliDla TarlkTerdlam Smua

Kuala Lumpur – Semestinya satu kepuasan hati apabila dapat memberi peluang menjana pendapatan untuk orang lain. Bagi pelakon, penyanyi dan usahawan yang tidak asing di dalam industri hiburan, Nur Fazura Sharifuddin, 38, kemajuan dalam bidang perniagaan bersama dengan para Besties beliau adalah satu pengalaman yang mengujakan.

Kejayaan stokis dan ejen atau lebih mesra digelar besties itu diraikan dalam satu majlis makan malam gala, MilikSemua An Evening with Fazura dan Besties bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, malam tadi.

Syukur ke hadrat Ilahi, Faz sememangnya sangat berbangga dengan kejayaan Besties yang sama-sama mendukung rangkaian produk yang diasaskan seperti hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan, Fazura Beauty, serta rangkaian fesyen dan akesesori, Fazbulous.

Besties ini mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan dan Alhamdulillah, lebih 4,000 orang ejen dan dropship berdaftar dibawah syarikat.

Ini memupuk lagi semangat saya untuk bergerak bersama lebih ramai lagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan serta yang menghadapi pelbagai cabaran kewangan ketika p.andemik C0VID 19 ini.

Majlis keraian ini adalah satu penghargaan untuk Besties saya semua sepanjang pembabitan saya dalam bidang keusahawan ini dan kerana itulah saya memilih slogan Milik Semua kerana saya mahu ramai orang menikmati rangkaian produk saya dengan harga mampu milik yang sesuai untuk semua.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Dalam perkembangan lain, Fazura turut berkongsi mengenai perancangan kerjaya seninya untuk tahun ini.

“Buat masa sekarang, memang saya sibuk sedikit dengan bisnes. Tetapi, ia tidak menjadikan saya lupa terus kepada bidang lakonan mahupun nyanyian.

Ramai Artis Jemputan Yang Hadir, Jamal Abdillah Dan Fattah Amin Jadi Perhatian

Kredit : KTV/HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.