Mnangis AliffSyukri BilaTahu Dla Pmbayar ZakatTrbesar. Ini Jmlah Bliau Bri Buat RmaiKagum

Petaling Jaya – Usahawan s.ensasi Datuk Aliff Syukri menangis kegembiraan apabila dapat sama-sama menyumbang mengurangkan b.eban masyarakat menerusi p.otongan zakat.

Kata Aliff, 34, sebelum ini ketika mula berniaga pada 15 tahun lalu, dia hanya mampu membayar zakat sebanyak RM 7 setiap bulan.

Kini, usahawan itu mampu membayar lebih hasil tiga jenis perniagaan yang diusahakannya sehingga layak menerima penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir RM 1 j.uta pada tahun lalu.

Sekadar info, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.

Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berd.osa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

Pembayar Zakat Terbesar

Menerusi sebuah video dalam Instagramnya, Aliff turut berkongsi kehadirannya dalam majlis penghargaan yang berlangsung di Pusat Zakat Selangor, semalam.

Hari indah buat saya dan isteri. Syukur hari ini Zakat Selangor beri penghargaan kepada kami antara pembayar zakat terbesar di Selangor, hampir RM 1 j.uta pada 2021.

Hasil bisnes ashijabofficial, dherbsholdingshq serta sugehecoresort. Dulu masa berniaga 15 tahun lalu, saya hanya mampu bayar RM 7 zakat setiap bulan.

“Tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan menjadi satu semangat untuk saya kerja keras. Terima kasih doa ibu kandung saya dan isteri,” tulisnya.

Tambah usahawan yang bergelar penyanyi itu lagi, meskipun pencapaian tersebut tidak sehebat mana tetapi dia memohon agar semua mendoakan bisnesnya terus sukses.

Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Tidaklah hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya. Tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan.

“Semoga dapat memberi lebih banyak b.antuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Dalam perkongsian sama, Aliff yang menangis teresak-esak menunjukkan plak penghargaan yang diterimanya daripada Pusat Zakat Selangor.

Saya mula bayar zakat seawal usia 19 tahun. Tanpa isteri saya, mungkin hari ini saya tak mungkin dapat bayar zakat hampir RM 1 j.uta.

“Tanpa pengguna, stokis dan kakitangan, pastinya saya takkan sampai ke tahap ini. Semoga video ini menjadi kenangan dan bekalan akhirat saya kelak,” tulisnya dalam video tersebut.

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x