Neel0faBerltahu Dah DapatNama CahayaMata Prtama, P0honDoa Rmai Agar Dmudahkan

Kuala Lumpur – “Tak terkenal sangat pun tak boleh nak cakap juga sebab ibu dan bapanya orang kenal. Tapi kita tak nak dia ke situlah. Biarlah secara sederhana.”

Demikian kata pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz yang juga suami selebriti popular, Neelofa ketika ditanya mengenai tempias populariti terhadap anak pertama mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

Riz berkata, dia dan isteri selesa dengan konsep bersederhana, termasuk dalam soal membesarkan anak mereka nanti.

“Bila bercakap soal masyhur ini, ia kadang ada kebaikan dan kadang ada keb.urukan. Jadi kita hidup dalam cara yang diberkati dan tidak terlalu orang nak kenal sangat. Dalam Islam kita panggil wasatiyyah iaitu pertengahan, bersederhana.

Walaupun ibu bapanya satu Malaysia orang mungkin kenal, kita berharap anak yang bakal lahir ini dapat membesar dengan cara Islam,” katanya ketika ditemui bersama Neelofa di majlis pelancaran perisa baharu susu jenama Nilofa, di sini.

Ditanya mengenai perkara yang dibimbangi menjelang isteri yang dijangka bersalin dalam waktu terdekat ini, Riz berkata, mereka bersiap sedia dari segi m.ental.

“Secara umumnya, kita pun tak pernah ada pengalaman ini. Jadi kita kena siap sedia dari segi m.ental dan saya rasa bagi mereka yang sudah berkahwin akan faham. Bila kita sendiri lalui, bukan senang,” katanya.

Sementara itu, Neelofa mengharapkan agar susu berperisa coklat yang diperkenalkan mampu menyaingi fenomena Susu Pisang Nilofa yang diperkatakan sebelum ini.

Sudah Dapat Nama Cahaya Mata

Ushawan popular, Neelofa, memberitahu yang dia kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata, dia berasa agak gementar bagi melewati proses kelahiran anak pertamanya itu kelak.

“InsyaAllah, kami akan sama-sama kongsikan tentang kelahiran ini nanti. Memang dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari.

“Sejujurnya, saya tak nafikan memang ada rasa gementar. Tetapi, saya rasa Haris lagi gementar. Dari segi persiapan pula, saya banyak baca buku dan banyak bertanya kerana keluarga kami berdua pun agak besar. Ramai antara ahli keluarga yang memberi nasihat.

“Nama pun … Alhamdulillah … sudah ada dan dari segi barangan keperluan juga sudah disiapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.

“InsyaAllah kalau diberikan rezeki, saya memang nak bersalin normal. Namun, bagi yang bersalin normal, mereka tidak tahu bila masanya akan tiba. Haris perlu menemani saya nanti, sebab ada suami yang t.akut,” katanya yang turut memohon orang ramai mendoakan kelancaran proses kelahiran anaknya.

“Kepada yang mengenali saya sejak 12 tahun lepas dalam industri, terima kasih banyak atas setiap sokongan dan kepercayaan, dari semua segi, tak kiralah perniagaan atau kerjaya.

“Terima kasih juga yang mendoakan kami dan kelahiran anak saya. Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan,” katanya lagi.

Neelofa dan suami, PU Riz mendirkan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.