Nlayan Di Luar Ngara Trkejut Jmpa BeslBuruk Ketlka Bkerja Rpanya Dari TanahMlayu

England – Dasar permukaan tanah di Sungai Welsh berkemungkinan besar menjadi sebuah lokasi yang terakhir yang anda fikirkan untuk memperolehi artifak sejarah khususnya dari benua Asia.

Namun baru-baru ini, seorang pemandu perahu di Sungai Towy telah memeranjatkan orang ramai kerana telah menemui keris pedang yang dianggarkan dihasilkan pada abad ke 18 semasa beliau mengangkat jala ikan di sungai.

Beberapa s.iasatan telah dilakukan untuk melihat bagaimana artifak sejarah itu berada di Sungai Towy dan berapa lamakah ia berada di sungai tersebut.

Andrew Davies dari Carmarthen mengangkat keris berkenaan semasa jala sedang dinaikan ke atas perahu. Andrew Davies merupakan pengerusi utama Coracle dan Persatuan Carmathen.

Nilai Sejarah

Seorang tukang perahu kuno khas di Wales, Andrew Davies tidak menyangka bahawa sebilah keris dari kurun ke 18 yang mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi telah tersangkut pada pukatnya di Sungai Towy, Wales.

“Pada suatu malam saya bekerja dengan perahu coracle saya, jaring saya seolah-olah tersangkut sesuatu, ketika menariknya, saya dapati terdapat sebatang besi tersangkut.

“Apabila melihat besi itu, saya betul-betul terkejut kerana menemui benda seumpama ini,” katanya seperti dilapor portal dailymail.

Andrew yang terkejut dengan penemuan itu lantas membawanya kepada pihak muzium untuk dikenal pasti bagaimana keris bersejarah itu boleh berada di sungai berkenaan.

“Perkara ini sangat menarik, saya nak tahu bagaimana keris ini berada disini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Pihak yang pakar mengenai pedang tersebut percaya ia adalah sebilah keris yang berasal dari Asia Tenggara, Malaysia.

Walaupun ia berkait rapat dengan budaya Indonesia keris juga berasal dari Malaysia, Thailand, Brunei, Singapura dan Filipina di mana ia dikenali sebagai Kalis.

Sementara itu Wales Online melaporkan Kurator Carmarthenshire Museum, Gavin Evans berkata, beliau telah menghantar beberapa keping gambar keris berk.arat itu ke sebuah muzium di London untuk dikaji namun masih belum menerima penjelasan mengenainya.

“Saya belum menerima sebarang penjelasan daripada pihak muzium, tetapi saya percaya senjata ini berasal daripada Asia Tenggara atau pun Malaysia.”

“Pada awalnya, saya ingat keris ini berasal daripada Romawi, namun setelah menelitinya lebih terperinci dengan bentuk e.ksotiknya yang membuatkan saya percaya ianya berasal dari Asia Tenggara.”

“Ini adalah keris kerana hiasan di bahagian atasnya. Gagang kayunya mempunyai hiasan berbentuk burung dengan hiasan tu.lang dan tembaga,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Kredit : MK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.