OrngRmai Cakap SpahtuPenyambung LgasiSenarlo, BilaApek Jwab Ada NtizenSetuju, Ada YngTak

Kuala Lumpur – Pelawak Saiful Apek berpandangan masih belum ada pelawak generasi baharu yang mampu mengulangi f.enomena Kumpulan Senario suatu ketika dahulu.

Kata Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 53, dia masih belum nampak pelawak solo atau berkumpulan yang mempunyai sitkom, album, konsert dan filem sendiri seperti Senario.

Sekadar info, senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon, penyanyi dan penulis lirik dari Malaysia yang lahir daripada p.rogram realiti Sinaran Pasport Kegemilangan.

Kredit Gambar

Kumpulan ini bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996. Ahli asal seramai tujuh orang, iaitu Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang dan Hamdan Ramli, seterusnya diikuti oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya menjadikan jumlah ahli seramai sembilan orang.

Sketsa-sketsa yang dinukilkan serta dipersembahkan para anggota kumpulan ini dilihat penting sebagai penunjuk cerminan masyarakat kelas pertengahan yang menikmati karya-karya mereka melalui tema yang disampaikan k.aku mengena citarasa kelas tersebut.

Ada Kriteria Tertentu

Fenomena macam saya bersama dengan Kumpulan Senario dulu. Satu-satunya kumpulan yang mence.tus fenomena ketika itu, bukan sahaja komedi tapi ada sitkom, album, konsert, filem sendiri.

“Jadi cuba beritahu kepada saya, ada tak pelawak sekarang solo atau berkumpulan yang ada kriteria ni?. Jadi takkan nak habiskan begitu tanpa ada pengganti baharu,” katanya.

Apek merupakan salah seorang juri dalam program A.wesome Raja Lawak yang bakal bermula pada 7 September 2022.

Dalam pada itu, Apek turut mengulas pandangan orang ramai bahawa kumpulan Sepahtu merupakan penyambung legasi selepas Senario.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x