PDRMBritahu BritaTrbaru Tntang ZalinaAzman, Ada JmpaSesorang SbelumHlang Dan Ini YngTrjadi

Kuala Lumpur – Sebelum ini dilaporkan tiga pekerja kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pengubahsuaian rumah milik Zalina tidak terkait dengan kehilangan bekas pengacara rancangan MoneyMatters.

Selain itu, polis turut mera.mpas beberapa barangan dari banglo tersebut termasuk dokumen dan sebuah komputer riba yang sedang dianalisis oleh pasukan fo.rensik selepas melakukan pemeriksaan kali ketiga pada 28 Julai lalu.

Kita tak mahu ada ketinggalan sebarang b.ukti, ada beberapa d.okumen kita ra.mpas dalam rumah tersebut, kita buat r.ampasan komputer riba untuk membuat analisis di makmal f.orensik kita. Saya tak boleh d.edahkan perinciannya, sebab ra.mpasan itu masih dalam si.asatan kita.

“Kita periksa, ada laptop, kemudian itulah kita ambillah, kemudian habis. Kalau hendak cari t.ubuh pun memang tak ada sebab anjing pengesan pun memang tak jumpa jejak dekat rumah tersebut,” jelasnya.

Jumpa Seseorang Sebelum Hilang

Polis memaklumkan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, ada berjumpa rakannya pada Julai tahun lalu sebelum dilaporkan hilang sejak November.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, maklumat itu diperolehi selepas keterangan diambil daripada individu berusia 30an itu pada 16 Ogos lalu.

Berdasarkan keterangan yang diambil, individu itu bertemu dengan Zalina pada Julai 2021 dan ketika pertemuan itu, Zalina dalam keadaan sihat serta seperti biasa saja.

“Orang terakhir itu adalah rakan kepada Zalina saja dan bukan ahli keluarga atau pekerja binaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil si.asatan mendapati individu itu tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina. Katanya, sehingga kini tiada perkembangan terbaru membabitkan bekas pembaca berita itu.

Pada 18 Julai lalu, media melaporkan polis giat mencari bekas personaliti TV3 yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke h.ospital.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.