
Kuala Lumpur – Pelakon Riena Diana, 25, disahkan dija.ngkiti I.nfluenza A semalam selepas beberapa hari mengalami s.akit kepada dan demam berterusan.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata kesa.kitan dialaminya lebih teruk berbanding dij.angkiti C.0vid19 sebanyak dua kali sebelum ini.
“Selain s.akit kepala dan demam, saya tiada selera makan, selsema, batuk, asma, c.iritbirit dan s.akit badan. Entah kenapa kesak.itannya lebih t.eruk berbanding dij.angkiti C.0vid19 sebelum ini.

Sekadar info, kerjaya Riena Diana dalam bidang lakonan bermula selepas beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Selepas DFKL 2017 tamat, Riena ditawarkan berlakon dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dibintangi oleh Raysha Rizrose, Azrel Ismail dan Idris Khan, yang merupakan drama pertama lakonannya.
Riena berlakon dengan dua saluran, TV3 dan TV Okey.
Beliau mula menjadi bualan peminat setelah menjayakan watak Dr Qhadeeja dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli. Selain itu, beliau turut berlakon dalam drama Cinta Lemon Madu sebagai Aisyah.
Kejayaan Riena hadir apabila beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama KampungPeople di mana beliau memegang watak gadis kaya b.imbo, Laila. Beliau berkongsi bahawa “Ramai tidak sangka saya boleh membawakan watak komedi, malah saya menerima pelbagai maklum balas p.ositif sejak drama itu disiarkan.
Doakan Cepat Sihat
Saya mula demam tiga hari yang lalu selepas tamat sebuah penggambaran. Semakin hari semakin t.eruk, kemudian ke klinik. Tapi keadaan masih t.eruk dan saya ke ho.spital sebelum disahkan terkena I.nfluenza A.
“Doktor cakap saya kena berehat selama lima hari tapi setakat ini ada saja si.mptom baharu saya alami. Saya harap saya kuat untuk mengharungi dugaan ini,” katanya.
Riena yang kini menjalani penggambaran drama Cinta Buat D.ara untuk TV3 turut berharap orang ramai masih patuh dengan pemakaian pelitup muka setiap masa.

Saya rasa ramai orang sudah lupa betapa pentingnya memakai pelitup muka. Ada yang selamba batuk-batuk depan orang lain tanpa pelitup muka.
“Mereka lupa walaupun C.0vid19 sudah kurang tapi masih ada peny.akit lain. Jadi, perlu untuk masih menjaga sebaiknya, bila demam jangan keluar kerana kita tak tahu lain orang lain tahap imunisasinya,” katanya.
Terdahulu, Riena berkongsi berita sedih itu menerusi Instagram.
Menurutnya, penggambaran drama membabitkannya terpaksa ditangguh disebabkan j.angkitan itu.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.