Pluhan Pnyanyi R0ckTanah Alr Brkumpul, Ini Tguran YangMreka Bri Dekat Dto AliffSyukri

Kuala Lumpur – Sekumpulan penyanyi Rock Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Datuk Awie sebelum ini yang menganggap kemunculan lagu baharu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul BabySayang sebagai per.osak industri muzik tempatan.

Penyanyi Aris Ariwatan berpendapat kerajaan perlu mewujudkan kembali panel penilai industri muzik seperti mana yang pernah mereka lalu suatu ketika dahulu.

Kita faham apa yang berlaku disebabkan tran.sformasi semasa namun bagi saya kerajaan perlu wujudkan kembali panel penapisan lagu seperti mana yang pernah kami lalui suatu ketika dahulu.

Kalau dahulu suara s.umbang atau susunan muzik salah memang tak boleh keluar radio atau dimainkan di mana-mana. Jika panel itu kembali wujud, saya percaya ada kawalan terhadap industri muzik.

“Kami sokong dengan pandangan Datuk Awie agar tidak wujud pela.cur dalam industri. Saya dengar sendiri nyanyian Aliff Syukri, memang s.umbang,” katanya.

Aris berkata demikian dalam satu sesi kongsi pandangan bersama rakan-rakan penyanyi rock yang dilakukan secara atas talian pada malam Isnin.

Lebih 40 penyanyi rock tempatan menyatakan tanda sokongan terhadap kenyataan dibuat Awie baru-baru ini termasuk Baggio, Ringgo Arrow, Isa Graviti, Zack kacamata, Afee, Rose Sherox, Izam Eye, Rahmat Tohak, Wom UG1411 dan JoeyBPR.

Tidak ketinggalan Yazid Sejati, Azman Terlena, Burn Meditasi, Rom Amija, Isa Handy Black, Yantzen, Azul Fair, Shafie Rio, Atan Aryan dan Boy Mercury.

Turut menyatakan sokongan adalah Jereen Okay, Nizam Laksamana, Amir Ukays, Yann Keno, Zahruddin, Acong Sweetchild, Alim Kris, Rahmat Ekamatra, AliXPDC, Nk Putra dan Amy Grand.

Dalam pada itu, Aris berkata, perkara tersebut perlu dipandang s.erius kerana dalam apa juga bidang itu mempunyai kaedah dan adab tersendiri.

Aris turut memberitahu, sekiranya Aliff ingin bergelar penyanyi, usahawan itu dinasihatkan untuk memperbetulkan cara nyanyiannya terlebih dahulu dan bukan menjadi jalan mudah.

“Perbetulkan cara nyanyian dulu dan jangan ambil jalan mudah! Sekurang-kurangnya nyanyian tak s.umbang,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Acong Sw.eetchild pula memberitahu jika situasi terus berlaku ia akan menjadi per.osak dalam industri.

Disebabkan kemunculan penyanyi yang mengambil jalan mudah, ia sedikit sebanyak menjejaskan artis lama atau pun baharu yang beria-ia memperjuangkan karya masing-masing.

Apabila tidak wujud sebarang penapisan, mana-mana peniaga p.roduk seperti Aliff boleh buat sesuka hati mereka. Benda men.garut begini memang ramai orang suka dan sebab itu jadi t.rending.

“Kalau benda tak sihat ini berlaku, apa nak jadi dengan penyanyi yang berhempas pulas dalam kerjaya mereka? Kami seolah-olah ditolak ke tepi,” ujarnya.

Bagi Yantzen pula, penyanyi itu senada dengan rakan-rakannya selain percaya permainan wang yang dilakukan oleh sesetengah pihak seakan-akan membenarkan m.asalah dalam industri berlaku.

“Saya sudah rasa naik turun dalam industri ini. Memang terkilan apabila perkara sebegini berlaku. Tr.ansformasi dan permainan wang menjadi m.asalah dan mengizinkan i.su sebegini terjadi,” ujarnya.

Sebelum ini, Awie menerusi laporan meluahkan rasa kesal dan menganggap industri seni dila.curkan oleh segelintir usahawan yang cuba memasuki industri hiburan dengan bergelar penyanyi.

Kata Awie, industri muzik kini r.osak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang tiada bakat.

Kredit : Mstar/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.