Pnyanyi IfaRaziah Akhrnya MolhonMaaf. Ini KatKata Bliau Nak BagiNetlzen Fham Sgala Yng Trjadi

Kuala Lumpur – Penyanyi d.angdut, Ifa Raziah, 47, membuat permohonan maaf secara eksklusif dalam program Terpaling Juara yang bersiaran di TV3, malam tadi.

Permohonan maaf itu dibuat selepas namanya terpalit dengan k.ontroversi ketika dida.kwa bergelek di satu majlis akikah, baru-baru ini.

T.indakan Ifa, 47, atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha itu menimbulkan k.ritikan dalam kalangan netizen yang menyifatkan Ifa tidak menghormati majlis selain menganggap tariannya itu kete.rlaluan.

Secara eksklusifnya, hari ini, saya buat permohonan maaf secara langsung. Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tak kira di mana anda berada dan saya memaafkan juga orang-orang yang mengata saya.

“Memang niat saya, nak buat permohonan maaf ketika berada di pentas, tapi tak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas pun, tak apa.

“Alhamdulillah, ia dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan saya berharap, benda ini tidaklah berpanjangan lagi,” katanya.

Menurut Ifa, dia tidak dide.sak oleh mana-mana pihak termasuk keluarga, sebaliknya, ia ikhlas dari hatinya.

“Semua atas hati saya sendiri. Saya datang hari ini, nak cari rezeki. Pada saya, maaf itu satu benda yang baik dan mungkin ada hikmahnya. Tak perlu nak e.go atau apa. Bila saya fikir yang saya pun dah berumur, saya tak mahu orang membenci saya. Kalau orang benci kita, rezeki itu macam tersekat-sekat dan macam tak ada rahmat,” katanya.

Ditanya mengenai pengajaran daripada situasi yang berlaku, Ifa berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi aktiviti kerja seninya.

Saya dah lali dengan benda ini, tapi, sebagai manusia yang lemah dan buat kesil.apan, kita kena lalui benda ini dan menjadi lebih matang.

Di masa akan datang, kalau ada jemputan persembahan atau apa, sebab kita dah tahu orang tak suka, kita tak perlu muat naik apa-apa ke media sosial, katanya.

Terdahulu, k.ontroversi membabitkan Ifa itu turut mendapat perhatian dan teguran beberapa pend.akwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma’ Harun.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.