PrdanaMnteri UmumBntuan Khas Kwangan SebanyakRM700. Ini TarlkhByaran DultMasuk

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Khas Kewangan BKK Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM 700 dan RM 350 bagi pe.sara kerajaan dan ve.teran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Selain itu, bayaran Kenaikan Gaji Tahunan KGT tambahan khas sebanyak RM 100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

Seramai 1.28 j.uta akan menerima bayaran Kenaikan Gaji Tahunan KGT tambahan khas sebanyak RM 100 untuk penjawat awam untuk gred 11 hingga 56.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran KGT itu merupakan antara enam inisiatif ditawarkan kepada penjawat awam.

“Bayaran KGT ini akan dibuat mulai Januari depan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 1.5 bi.lion,” katanya dalam ucapan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke18 MAPPAXVIII di sini, pada Selasa.

Mengambil contoh penjawat awam gred 11 yang menerima kadar KGT RM 80 sebelum ini, Ismail Sabri berkata, kakitangan tersebut akan menerima kadar KGT asas RM 80 dan tambahan khas sebanyak RM 100.

“Ini menjadikan jumlah KGT diterima beliau pada tahun 2023 adalah sebanyak RM 180,” katanya.
Menurutnya, inisiatif Bantuan Khas Kewangan BKK RM700 akan dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah manakala RM350 bagi pesara dan veteran tidak berpencen yang diberi pada Januari 2023.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan d.asar dan menjayakan setiap aspirasi,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam KPPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia Cuepacs, Datuk Adnan Mat dan m.enteri kabinet.

Kredit : BH/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x