Ramai TakPrcaya Dato AcMizal MkanTlsu Dengan Kuah RotlCanai MasaSsah. Ini KatKata Bliau

Kuala Lumpur – Perkongsian pengacara terkenal Datuk AC Mizal mengenai kesempitan hidup yang pernah dialami sekitar 20 tahun lalu ketika menanti kelahiran anak pertama bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida menjadi bahan j.enaka dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi temu bual program MHThrowback terbitan portal MediaHiburan, AC Mizal mend.edahkan dia pernah terpaksa makan tisu bersama kuah roti canai untuk mengisi perut dan ia merupakan fasa sukar dalam hidupnya.

Sekadar info, YH Dato Mizal Dato Zaini, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen, penyampai radio dan ahli perniagaan Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, AC telah merakamkan album dan lagu, membintangi sejumlah filem dan siri televisyen, mengacarakan rancangan hiburan, bual bicara dan majlis anugerah.

Saya Sudah Lalui Macam-Macam

Saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah roti canai orang. Isteri tidak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita fasal kes.usahan dengan saya, tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya dalam temu bual yang dikendalikan Radin Era tersebut.

Tidak hanya dianggap lucu, segelintir warganet menyifatkan kenyataan AC Mizal itu sebagai perkara tidak masuk akal.

Rata-rata sukar mempercayai perkongsian itu kerana menganggap ia m.ustahil dan tidak mungkin dilakukan oleh seorang individu seperti pengacara berkenaan.

Pun begitu, ada juga menyifatkan tisu yang dimaksudkan oleh AC Mizal adalah roti tisu yang pada ketika itu harganya masih mampu milik.

Kalau susah, tidak masuk kedai mamak. Kalau pergi sana semata-mata untuk makan tisu. Mungkin ayat itu tergantung dan nak tulis roti tisu.

“Rasanya roti tisu. Dia melawak, bersangka baik sahaja. Kami m.iskin sangat pun dulu tak pernah makan tisu, paling-paling pun makan ubi,” tulis salah seorang netizen di Facebook.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berseloroh bahawa menu tisu bersama kuah roti canai akan menjadi fenomena dengan perkongsian AC Mizal tersebut apatah lagi keadaan e.konomi negara ketika ini kurang baik.

“Persatuan restoran mamak sedunia telah bersepakat menambah satu lagi menu iaitu roti tisu. Menu tersebut laku keras. Kuah pun boleh pilih, susu atau keju meleleh, kari kambing ikut selera masing-masing,” tulis netizen.

Tembu bual yang dibuat pada April tahun lalu itu tular di media sosial selepas portal berkenaan berkongsi semula artikel dan video berkenaan di Facebook pada Sabtu lalu.

Dalam video berkenaan, AC Mizal turut berkongsi tentang perjalanan kariernya sebagai penyanyi rap bersama kumpulan 4U2C selain pengelibatannya dalam bidang lakonan.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.