RamaiKcam Datuk DanDatln Masa Buat Llve Di Lngkawi, Ini JwapanPadu Dari AliffSyukri

Langkawi: Suasana suram sejak hampir dua tahun lalu, berubah meriah apabila pulau peranginan ini mula menerima kehadiran semula pelancong di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula semalam.

Tinjauan mendapati lokasi tarikan seperti di Pantai Chenang, Kereta Kabel Gunung Machincang, Underwater World Langkawi dan pekan Kuah menjadi tumpuan pelancong.

Bermula semalam, Langkawi kembali dibuka di bawah projek gelembung pelancongan dan sejumlah 3,200 pelancong dijangka tiba melalui 18 penerbangan dan tiga perkhidmatan feri.

Pengurus syarikat antarabangsa, Katarina Carlfalk, 43, pula berkata penerbangannya ke Langkawi cukup lancar, walaupun terpaksa melalui pelbagai proses termasuk membuat ujian pengesanan C0vid 19 sebelum menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Datuk Aliff Syukri Turut Berada Di Langkawi

Gara-gara berg.aduh ketika sambutan ulang tahun perkahwinan ke-14 pada 10 Ogos lalu, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida meraikan hari bersejarah mereka sekali lagi di Langkawi, Kedah semalam.

Percutian mereka ke pulau tersebut dikongsikan isteri jutawan dan juga penyanyi itu menerusi Instagram dengan berkongsi momen romantik berdua-duaan sambil menikmati makan malam di tepi Pantai Chenang.

“Tahun ini ‘anniversary’ kami yang ke-14 pada 10 Ogos lalu. Ketika itu kami berga.duh, jadi kami tak sambut. Masing-masing buat tak tahu. Jadi konon-konon kita feeling sambut ulang tahun perkahwinan di sini,” tulisnya.

Bagaimanapun, keterujaan pasangan itu menikmati percutian di sana mengundang kec.aman ramai gara-gara t.indakan Aliff yang dilihat kerap tidak memakai topeng muka dengan betul atau sekadar meletakkannya di dagu.

Ramai netizen berkata, perbuatan ahli perniagaan itu boleh memberi contoh tidak baik kepada orang lain.

“Aliff Syukri ni suka sangat turunkan mask, bila tempat ada ramai orang mesti dia buka. Nak juga orang nampak dia Aliff Syukri.

Tak payah buka mask pun orang dah tahu,” kata seorang netizen.

“Datuk janganlah buat spoil. Jagalah SOP (p.rosedur o.perasi standard). PDRM dan netizen memerhati,” kata seorang lagi pengguna lain.

Memahami kegusaran pengikutnya, usahawan sensasi itu memberi balasan positif dan akan mengingati pesanan ramai.

Dalam pada itu, Aliff turut memberitahu keberadaan mereka di sana juga adalah untuk menyelesaikan beberapa urusan tanpa disertai anak-anak sekali gus mengambil kesempatan berbulan madu.

“Pertama kali ke Langkawi selepas P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sudah lama tak naik kapal terbang. Hari ini saya ke Langkawi atas beberapa urusan dan honey.moon,” katanya.

Kebahagiaan pasangan tersebut membuatkan ramai pengikut termasuk rakan selebriti mendoakan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke anak cucu selain ada yang mengagumi keutuhan ikatan hubungan suami isteri itu.

Seperti pengunjung bertuah lain yang berpeluang terbang ke Langkawi sebaik pintu pulau peranginan itu dibuka semalam, pasangan itu turut berkongsi detik menggembirakan percutian mereka yang turut disertai ibu bapa Shahida.

Antara tempat yang dikunjungi mereka termasuklah lokasi utama tumpuan pelancong seperti Geopark, menaiki CabelCab serta singgah di tempat makan popular, Nasi Dagang Pak Malau.

Di sebalik kegembiraan berkongsi momen istimewa di laman sosialnya, ada yang mempersoalkan tujuan kedatangan pasangan itu ke pulau peranginan tersebut disebabkan sebelumnya Shahida menyatakan atas urusan bi.snes.

Begitupun, ada yang membalas kemusykilan diluahkan dengan menyatakan tidak s.alah pasangan tersebut datang bercuti memandangkan pulau berkenaan sudah dibuka secara rasmi untuk orang luar.

Sekadar info, menerusi perkahwinan yang dibina pada Ogos 2007, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi Dan Raudhah Aryshiyah. 

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.