
Kuala Lumpur – Sebelum ini, usahawan yang juga kakak kepada selebriti p.opular, Neelofa iaitu Noor Nabila men.afikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin berantakan selepas jarang berkongsi gambar bersama dan kehidupan peribadi dalam laman sosial.
Nabila berkata, hubungannya dengan suami baik-baik sahaja, cuma memilih menjaga p.rivasi rumah tangga daripada tatapan khalayak.
Apabila dapat suami suka berkongsi, kita pun mungkin akan berkongsi kehidupan dengan umum. Namun, suami seorang yang menjaga p.rivasi dan tidak suka berkongsi.

Padam Semua Gambar
Status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran sekali lagi menjadi tanda tanya apabila usahawan itu dilaporkan sudah memadam semua gambar bersama suami termasuk foto perkahwinan mereka di Instagram.
Noor Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 37, yang juga kakak kepada selebriti Neelofa turut dilihat menukar gambar profil di media sosial berkenaan.
Malah foto berdua bersama anak lelakinya, Jebat Jayden ketika sambutan Hari Raya Aidiladha lalu turut menerima pelbagai komen daripada pengikutnya yang bertanya mengenai keberadaan Engku Emran.
Lebih menguatkan s.pekulasi, Nabila juga turut dilihat memuat naik beberapa perkongsian gambar petikan kenyataan tentang hubungan yang seakan-akan memberi gambaran tentang perasaannya sebagai seorang isteri.

Dalam satu perkongsian di Instagram Stories, Nabila memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai selain tentang usaha dalam sesebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.
Menerusi perkongsian petikan lain pula, Nabila berkongsi tulisan Jade Torres tentang seseorang yang berhak mendapatkan pasangan yang sesuai dan menyedari cinta mereka dan bukannya bertepuk sebelah tangan.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan berhubung perkara itu daripada Nabila dan Engku Emran tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak berbalas.
Ini bukan kali pertama g.osip mengenai perkahwinan pasangan itu dikatakan berantakan malah pada Jun lalu lagi timbul khabar angin mengatakan hubungan mereka berm.asalah.
Nabila bagaimanapun menafikan d.akwaan tersebut dan mengatakan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
Nabila juga memberitahu memilih untuk menjaga p.rivasi perkahwinan mereka daripada tatapan umum dan tidak memuat naik gambar bersama di media sosial bukan bermaksud rumah tangganya r.etak.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sebelum ini Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon, Erra Fazira 2007 sebelum berc.erai pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Engku Emran kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 namun ikatan itu juga berakhir dengan perce.raian pada 2020.
Sementara Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Jika benar sp.ekulasi mengenai rumah tangga mereka berantakan, kita doakan agar mereka dapat menyelesaikan semua m.asalah dengan baik.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
