Rmai Trkejut Lihat Anak Prempuan Pelak0n Trkenal MustaphaKamal. Diktakan Mlrip Artls Atarabangsa

Walaupun Mustapha Kamal makin berusia , namun masih nampak segak dan sihat untuk mengabadikan diri sebagai pelakon. Semasa hadir di suatu majlis sebelum ini pelakon kelahiran Kota Bahru ini memang seorang bapa yang penyayang kepada anak-anaknya hasil dari perkongsian hidup dengan Susan Menon.

Nama Datuk Paduka Mustapha Kamal rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sinonim dengan membawakan watak-watak koporat, pelakon senior ini masih lagi relevan di kaca televisyen.

Beliau juga sering dipanggil papa dan pemilik Megah Holding oleh peminat berikutan kerap kali menjadi seorang ayah yang memiliki kekayaan di dalam drama.

Nama anak dengan Susan Menon ialah Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qur’ani, dan Naqli Qaddiem. Nama anak hasil perkongsian rumah tangganya yang pertama dengan penerbit drama Yong Rahimah Darul Amir Hazin, Darul Ali Hafiz, Darul Azam Harris, Dayang Aimi Shahira, Ayuni dan Allahyarham Ayuna Ona.

Cakap pasal anak Mustapha Kamal, teringat lagi peristiwa sedih yang menimpa beliau pada pada November 2007 lalu, salah seorang anak beliau bernama Ayuna mening.gal dunia akiat terjatuh dari tingkat 13 kondominium mereka di Taman Desa.

Cakap pasal dunia lakonannya pula, Mustapa Kamal memang seorang pelakon yang versatile. Masih ingat lagi tak, lakonan Mustapha Kamal dalam Dendang Remaja, dan kalau tak silap, beliau dah berlakon lebih 40 buah filem.

Drama pula dalam 400 judul. Macam-macam watak dah dia bawa, dari hero hinggalah Datuk dan Tok Penghulu.

Antara filem lakonan Mustapha Kamal ialah Adik Manja, Mira Edora, Rimba Malam, Sahabat, Cikgu Romantik, Sembilu I dan II, Fantasi, Senario Lagi, Syukur 21, Kami The Movie.

Anak Perempuan Tarik Perhatian Ramai

Anak perempuan kepada aktor hebat Mustapha Kamal dan isteri Susan Manen, Salsabil Qur’ani menc.uri perhatian ramai apabila wajah comelnya itu dikatakan mirip selebriti Hollywood, Kylie Jenner.

Menerusi platform TikTok, Salsabil, 18, yang merupakan anak nombor tiga berkongsi sebuah video bersama Mustapha ketika meraikan ulang tahun kelahiran bapanya itu untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian itu lagi, Salsabil dilihat menari bersama Mustapha sambil diiringi lagu yang menjadi trend di TikTok berjudul Habibi.

Bukan itu sahaja, selain daripada ucapan hari lahir, rata-rata wargamaya tertarik dengan wajah dan aksi Salsabil yang juga dikatakan ada iras pelakon Spider-Man, Zendaya.

Malah, ramai juga yang mengusik bahawa Salsabil merupakan pewaris bagi Megah Holding, di mana Mustapha sebagai penaung bagi syarikat mewah tersebut.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada warga TikTok.

Kredit : Budiey/Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.