ShuibBuat Kejutan MasaLive, JepSepahtu Tak TungguLama Terus Prli Psal Dat0Vida

Akhirnya selepas tujuh minggu beraksi, 5 peserta telah diumumkan bagi mengisi slot ke pentas akhir Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021.

Keputusan ini dibuat selepas barisan juri tetap iaitu ahli kumpulan Sepahtu sendiri bersama juri jemputan, Siti Elizad menilai persembahan mereka sepenuhnya di pentas separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, terdapat 6 peserta yang layak beraksi bagi membuat persembahan untuk 2 sketsa iaitu tema Bebas dan Radio iaitu Joned, San, Arteh, Gahai, Takal dan Sebat.

Pemenang Final

Kumpulan ARTEH telah dinobatkan sebagai juara sulung bagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 yang telah berlangsung selama 8 minggu.

Arteh telah mengalahkan 4 finalis lain dimana Gahai muncul sebagai naib juara, diikuti tempat ketiga, keempat dan kelima ialah kumpulan San, Takal dan Jonet.

Shuib Jadi Juri

Malam itu juga, mereka bukan diadili oleh ahli kumpulan Sepahtu, Jep, Rahim dan Pakya tetapi daripada 2 juri jemputan iaitu Datin Lisa Surihani dan juga anggota Sepahtu yang hilang, Shuib.

Shuib yang hadir pada segmen kedua membuatkan studio gamat dengan sorakan kerana ramai yang mengakui rindu akan kehadirannya bersama Sepahtu lagi.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah t.indakan spontan Jep yang menyakat Shuib dengan membuatkan gerakan seperti gaya usahawan k.osmetik, Datuk Sri Vida telah mengundang tawa ramai.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik video rakaman momen tersebut sehingga membuatkan ramai terhibur.

Jep juga sempat menyanyikan lagu I Want You milik Datuk Seri Vida yang pernah tr.ending satu ketika dahulu sewaktu Shuib sedang memberikan komen kepada finalis yang bertanding.

Walau bagaimanapun, mereka tetap profesional dan masing-masing lebih fokus kepada memberikan komen kepada para peserta.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan spontan Jep yang menyakat Shuib dengan membuatkan gerakan seperti gaya usahawan kosmetik, Datuk Sri Vida telah mengundang tawa ramai.

Kredit : EH/YT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.