Tahnlah. Pnyanyi NorsaldaKakak Pada SitiNurhaliza SlamatDljabkabulkan

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Norsaida atau Saida selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya dalam sebuah majlis yang berlangsung hari ini.

Majlis pernikahan Saida, 46, dan suaminya yang dikenali sebagai Aizal diadakan di sebuah lokasi dengan menyaksikan penyanyi itu menerima mas kahwin sebanyak RM 200.

Hari bahagia Saida turut dikongsikan oleh adiknya iaitu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Instagram.

Dalam perkongsian Siti, Saida, 46, dan suaminya diraikan dalam sebuah majlis resepsi berlangsung di sebuah hotel di ibu kota.

Dalam video-video yang dimuat naik Siti menerusi InstaStory, kakaknya itu kelihatan anggun mengenakan sepasang gaun pengantin berwarna putih, sementara suaminya pula memakai sut hitam putih.

Bagaimanapun, identiti dan maklumat lanjut tentang suami Saida tidak dikongsikan.

Pada majlis tersebut, pasangan pengantin turut dihiburkan dengan persembahan daripada anak saudaranya iaitu anak kepada Siti Sairah, Ummi Umairah.

Sedikit info, Saida dilahirkan pada 13 Disember 1976 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak ketiga daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik seorang surirumah dan peniaga.

Adiknya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular era 1990an dan berjaya sehingga kini, adik-beradiknya, Saiful Bahri, dan Siti Nursairah juga bergiat aktif dalam bidang muzik, adik-beradiknya yang lain.

Beliau memulakan kerjayanya di Siti Nurhaliza Productions sewaktu penubuhannya pada 1998, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengurus Akaun.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga Saida selepas dua kali pernah mendirikan rumah tangga.

Dia yang pernah muncul dengan single Sedalamnya Cinta mendirikan rumah tangga buat pertama kali pada Disember 1996 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut terlerai pada 7 Oktober 2011.

Saida kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat pada 2016, namun mahligai yang dibina juga menemui perp.isahan.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.