TengahLive Nabil TnyaBoleh Tak Tunjuk MukaBayi, Trus Brubah Neel0fa DanHarls Ismail

Kuala Lumpur – “Lapan tahun kita beraya bersama.” Itu kata Nabil Ahmad sejurus ditanya Neelofa mengenai selama mana mereka menyambut lebaran bersama di set MeleTOP sebelum ini.

Neelofa yang diundang bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz di program berkenaan pada Selasa membuat k.ejutan dengan beriringan bersama Nabil Ahmad memulakan s.egmen pengenalan.

“Hari ini rasa seronok sangat, rasa macam inilah raya yang saya nanti-nantikan. Dapat bersama-sama dengan Lofa, atas stage MeleTOP. MasyaAllah,” kata Nabil.

Mereka antara lain turut berkongsi s.ituasi masing-masing mengenai kisah raja mengejut sebelum memperkenalkan rakan hos, Elly Mazlein.

Episod Perkenalan Neelofa Haris

Selebriti popular Neelofa berkongsi dia mula jatuh cinta dengan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ketika menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.

Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi program MeleTOP yang disiarkan di saluran Astro Ria, semalam, berkata, PU Riz adalah orang terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.

“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia h.andsome kacak. Sewaktu puasa ketika C.0vid19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.

“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya.

Menerusi rakaman dimuat pengguna aplikasi TikTok, PU Riz kelihatan tersipu malu selain beberapa kali menc.elah ketika isterinya berkongsi detik manis itu.

Nabil Bergurau Tunjuk Muka Bilal

Menerusi salah satu segmen, Neelofa dan Haris bersama pasangan penyanyi Ernie Zakri serta Syamel menjayakan g.ame menyiapkan bayi masing-masing dengan menggunakan anak patung yang disediakan.

Namun, gurauan Nabil yang bert.indak menutup wajah anak pasangan selebriti tersebut iaitu Muhammad Bilal dengan tisu basah sambil mengatakan belum bersedia did.edahkan mengundang ketawa orang ramai.

“Minta maaf, Bilal belum ready. Tak boleh d.edahkan muka. Kami minta maaf,” gurau Nabil sehingga tangannya diketuk menggunakan mikrofon oleh Neelofa.

Kredit : HM/IG/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.