Thniah BayiMrdeka. Plakon MonaAllen Slamat Brsalin, PeklnIbrahim Britahu KeadaanIsteri Bliau

Kuala Lumpur – Empat tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan isterinya aktres Mona Allen bakal menimang cahaya mata pertama.

Ketika usia kandungan sudah menc.ecah enam bulan, Mona, 37, berkata dia tidak pernah merahsiakan kehamilannya namun memilih untuk tidak mengumumkan selagi belum tiba masa sesuai.

Menurut pemilik nama Munna Hafiraneza Allen ini, pada awalnya dia dan suami mahu berkongsi berita gembira itu selepas kandungan mencecah tujuh bulan.

Alhamdulillah kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah s.orok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja.

Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan babybump. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan.

“Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah tular, jadi kami umum saja,” katanya.

Tahniah, Bayi Merdeka

Pelakon Mona Allen selamat melahirkan bayi lelaki sulung di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi, Rabu.

Berkongsi berita gembira itu, Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat. Baby merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi,” katanya.

Monna dan suaminya iaitu pelakon Pekin Ibrahim turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan dan kenalan rapat sempena kelahiran anak mereka yang turut sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke65.

Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses untuk mendapatkan anak atau T.rying toConceive TTV.

Dalam temubual sebelum ini, Mona memberitahu mereka turut melakukan rawatan peru.batan Islam dan berjaya hamil selepas Pekin minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga 7 Disember 2018.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x