Thniah. Ini Snarai Fnalis YangLayak KeAngerah JuaraLagu. Rmai Netlzen DahMula Plih BakalJuara

Kuala Lumpur – Pertandingan muzik tahunan p.opular anjuran TV3, Anugerah Juara Lagu ke37 AJL37 bakal diadakan tidak lama lagi selepas sesi separuh akhir Muzik-Muzik tamat ditayangkan minggu ini.

Separuh Akhir Muzik Muzik Ke37 menyaksikan bekas juara Anugerah Juara Lagu AJL antara 30 calon yang bakal bersaing merebut kedudukan peringkat akhir mulai 25 November ini.

Mereka adalah bekas juara AJL 29, Joe Flizzow yang mengungguli trofi itu menerusi lagu Apa Khabar, pemenang AJL 32 dan 33 iaitu Hael Husaini serta juara AJL 34, Naim Danel.

Setiap lagu yang dipertandingkan dalam AJL37 adalah daripada lagu-lagu yang dicalonkan menerusi Muzik-Muzik yang akan dibawa dan dis.aringkan sehingga ke peringkat seterusnya.

Pertandingan ini bermula dari peringkat undian mingguan yang dibuat secara atas talian dan pada peringkat akhir akan dinilai oleh juri profesional yang dilantik daripada k.omposer dan pengarah muzik.

Senarai Yang Layak

Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu 37 AJL37 kini kian memuncak apabila 12 buah lagu terbaik telah dipilih menerusi pentas separuh akhir Muzik Muzik. 

Keputusan finalis AJL 37 tersebut diumumkan oleh Muaz dan Izzue Islam sebentar tadi.

Umum mengetahui, 30 lagu telah layak ke pentas separuh akhir Muzik Muzik 37. Hanya 12 daripada 30 lagu tersebut layak untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Berikut merupakan senarai penuh penyanyi dan lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij AJL37.

Anugerah Terindah oleh Alif Satar dan The Locos. Debu oleh Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi. Lagu Korban oleh Ernie Zakri. Bahagiakan Dia oleh Shila Amzah dan Liza Hanim.

Satu Malam Di Temasek lagu Joe Flizzow dan Sonaone. Kembali Terang Marsha Milan. Terus Hidup dinyanyikan oleh Aina Abdul.

Nang penyanyi Iman Troye. Lagu Payung Pelangi Noki dan MK. Sengsara oleh Khai Bahar. Irama Shiha Zikir. Mainan nyanyian Naim Daniel.

Kesemua lagu telah diadili oleh Damien, LY, Azlan Abdul Hassan, Jenny Chin, Cikgu Syafi dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Kredit : OB/TV3

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.