Tngah Memncing, Rmaja Ini Trjumpa PetlBesi Lama. Bila Dbuka Trkejut Dngan IsiDi Dlam

London – Seorang remaja lelaki di Britain menemukan sebuah peti besi mengandungi wang beri.bu-ri.bu d.olar ketika memancing menggunakan magnet kuat di sebatang sungai, lapor akhbar Good News Network.

George Tindale, 15, bersama bapanya, Kev Tindale sedang melakukan pencarian harta karun di Sungai Witham, daerah Lincolnshire, England  apabila mereka membuat penemuan luar biasa itu tiga minggu lalu.

Mereka mengikut sejumlah petunjuk untuk mencari pemilik wang itu dan menemui seorang ahli perniagaan, Rob Everett. Peti besi Everett dic.uri pada 22 tahun lalu.

“Ia sangat mengagumkan. Kami membuka peti besi itu dan ia mempunyai wang di dalamnya,’’ kata George yang tinggal di Newark, daerah Nottinghamshire. Kev terperanjat apabila kantung di dalam peti besi itu berisi wang tunai berjumlah RM 7,836.

Di dalamnya juga terdapat sijil dan kad bank yang telah tamat tempoh.

Selepas menghubungi Everett untuk memulangkannya, mereka menemui ahli perniagaan itu pada minggu lalu di Grantham.

“Saya hanya kagum apabila mereka berjaya mencari saya. Masih ada orang baik di dunia ini. Mereka boleh mengambil wang itu tetapi memutuskan untuk menghubungi saya,’’ kata Everett.

Sebagai penghargaan, George ditawarkan pekerjaan pada masa hadapan dan sejumlah ganjaran daripada Everett.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.